Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 11, 2013

Ini Yang Buatkan Khairy, Maznah dan Jamilah Bersemangat!

Khairy, Maznah dan Jamilah dahului undian FMT

Zabidi Saidi  | October 11, 2013
Adakah malam esok Khairy, Maznah dan Jamilah akan dinobatkan sebagai ketua pergerakan masing-masing seperti mana undian para pembaca FMT? Sama-sama kita tunggu.






PETALING JAYA: Sehingga jam 5.30 petang, hari ini (11 Oktober), Khairy Jamaluddin, Senator Datuk Maznah Mazlan dan Jamilah Hanim Othman masih mendahului dalam undian FMT yang diadakan sejak dua hari lepas.
Khairy yang juga penyandang jawatan Ketua Pemuda mendapat 62 peratus (639 undi), manakala Akramsyah Sanusi mendapat 18 peratus (186 undi), Syed Rosli Syed Harman mendapat 9 peratus (89 undi), Abd Karim Ali mendapat 7 peratus (76 undi) dan Irwan Ambak mendapat 4 peratus (39 undi) daripada 1,029 undi.
Bagi jawatan Ketua Wanita, Maznah yang mendapat 65 peratus (598 undi) mengatasi Raihan yang mendapat 30 peratus (275 undi) dan penyandang Datuk Seri Sharizat Jalil yang mendapat 5 peratus (48 undi) daripada 921 undi.
Bagi jawatan Ketua Puteri, Jamilah Hanim Othman mendapat 56 peratus (267 undi) mengatasi ahli parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsuddin yang mendapat 44 peratus (344 undi) daripada 611 undi.
Adakah malam esok Khairy, Maznah dan Jamilah akan dinobatkan sebagai ketua pergerakan masing-masing seperti mana undian para pembaca FMT? Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa