Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 4, 2014

Apakah Yang Anwar Harapkan Dari Media UMNO?

Kalau dah dasar munafiq
Mana ada gentelmen dalam kamus mereka?
Mana ada mereka fikirkan dosa pahala dalam amalan mereka?
Jadi Anwar harapkan apa lagi?
Anwar: Media Umno tetap sebar maki hamun
mk - 8:42PM - 4 Mar 2014
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin Umno bagai tidak berpijak di dunia realiti apabila menganjurkan untuk bertanding secara 'gentleman' dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Katanya, beliau masih tetap diserang melalui media dikuasai BN walaupun Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menganjurkan agar kempen pilihan raya berjalan dengan bersih.

"Dari segi politik saya tak ada masalah nak 'gentleman' kerana ini persaingan politik yang sihat.

"Tapi kenyataan maki hamun cerca hukum orang (tetap) disebar dalam media Umno," kata beliau selepas sesi bertemu rakyat  di bandar Kajang hari ini.

Beliau tidak akan melayan perkara itu dan meneruskan kempennya sendiri, kata Anwar yang mengulas kenyataan Muhyiddin semalam.

Sementara itu, Anwar turut menjawab kenyataan bakal calon bebas Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa beliau akan mengabaikan pengundi di Kajang setelah berjaya menjadi ADUN pada 23 Mac depan.

Katanya, rekod beliau sebagai MP Permatang Pauh selama lebih 30 tahun membuktikan beliau mampu mendekati Rakyat di kawasan beliau walaupun tidak setiap hari.

"Saya bukan peguam korporat atau orang korporat. Saya hanya lelaki biasa dari kampung Cheruk Tok Kun. Saya dilahirkan di situ. Dan orang Kajang akan faham.

“Saya tidak akan memberi gambaran salah dan tipu mereka bahawa saya akan ada di sini setiap hari. Tapi Kajang dekat dengan  rumah saya di Kuala Lumpur, rumah bapa saya pun di sini," kata beliau.

Zaid dalam tulisan di blognya mendakwa tanggungjawab Anwar yang semakin banyak akan menyebabkan beliau tiada masa menjenguk pengundi di Kajang.

1 comment:

  1. Zaid berfikir cara kebudak-budakan, tiada nilai kematangan langsung perkara diperkatakannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa