Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 4, 2014

Siapa Yang Tidak Bertamadun, Ultras Malaya Atau Penjilat?

Tidak bertamadun: FAM atau Ultras Malaya?
 | March 4, 2014
Ultras Malaya adalah sebuah gabungan anak muda yang mencintai sukan bola sepak tanahair.
ultras malayaPETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) berasa bangga dengan keterampilan dan keberanian Ultras Malaya yang memperjuangkan nasib bola sepak negara.
Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan berkata bahawa mereka akan menyokong sebarang usaha Ultras Malaya untuk menukar ganti Presiden FAM kepada sosok yang lebih berkaliber demi sukan bola sepak tanahair.
“Cukuplah 30 tahun berada di takhta,” kata Noor Reduan.
Menurut SAMM, Ultras Malaya adalah sebuah gabungan anak muda yang mencintai sukan bola sepak tanahair.
Tindakan kumpulan Ultras Malaya yang membakar suar dan membaling bom asap ketika aksi persahabatan antara pasukan Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Selayang dikecam kuat oleh FAM.
Antara yang mencuri tumpuan ialah kenyataan pengurus pasukan kebangsaan sendiri, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyifatkan perbuatan Ultras Malaya sebagai samseng dan tidak bertamadun.
“Sebagai kumpulan anak muda yang mencintai sukan bola sepak tanahair, SAMM menganggap Subahan tidak peka dengan metafora kejadian yang berlaku,” katanya.
“Apakah FAM cukup bertamadun sehingga mengekalkan Presiden FAM selama 30 tahun yang menyaksikan pretasi bola sepak kebangsaan menjunam sejak itu?” tanya beliau.
“Setia hadir dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan Ultras Malaya untuk menarik perhatian betapa sesuatu perlu diperbetulkan. Perkara paling jelas dituntut ialah presiden FAM harus melepaskan jawatan,” tambah Noor Reduan.
Presiden FAM adalah Sultan Ahmad Shah yang memegang jawatan tersebut sejak 1984 dan anaknya Tengku Abdullah yang disebut-sebut bakal akan ganti bapanya.
Menurutnya lagi, mengambil pasukan Filipina sebagai contoh di mana, pasukan tersebut merupakan sebuah pasukan berguru dengan Malaysia suatu ketika dulu.
“Malaysia pernah menewaskan Filipina 15-1 di Sukan Asia pada 1962, d imana pada kejohanan yang sama, Malaysia(Malaya ketika itu) meraih tempat ketiga.
“Tetapi, pasukan Filipina kini di tangga 127 jauh meninggalkan kita dimana pasukan Harimau Malaya masih terkial-kial untuk mencapai kedudukan 150 terbaik ranking FIFA,” katanya.
“Di atas fakta ini, apakah tindakan Ultras Malaya itu keterlaluan?
Noor Reduan juga berkata SAMM yakin bahawa tindakan Ultras Malaya bukan ditujukan kepada pasukan kebangsaan mahupun jurulatih Ong Kim Swee. Malah, ia lebih manifestasi dari ‘kesamsengan’ FAM yang tidak berganjak dari kepimpinan sedia ada khususnya jawatan utama.
“SAMM juga menasihatkan  Subahan agar lebih berpandangan terbuka dan mengkaji secara menyeluruh di atas kejadian yang telah berlaku,” tambah beliau.
“Percayalah bahawa tiada lagi suar dan bom asap yang akan dilontarkan oleh Ultras Malaya ke dalam padang sekiranya presiden FAM benar-benar meletakkan jawatan.”

1 comment:

  1. Masalah Bolasepak di Malaysia adalah Badan Induk yg menangani Bolasepak di negara ini seolah-olah tiada Objektif yg konkrit dlm menentukan halatuju sukan Bolasepak itu..
    Seolah-olah mereka kabur tentang kemanakah atau ke peringkat manakah Bolasepak negara ini ingin mereka bawa..
    Ibarat sebuah kapal yg tidak pasti ke manakah destinasi yg ingin ditujuinya..
    Begitulah yg difahami apabila membicarakan bolasepak di Malaysia..
    Seharusnya,sesebuah Organisasi itu perlu menetapkan objektif atau bench mark yg dijadikan sasaran sebagai KPI yg menjadi kayu ukur atau rujukan kpd berjaya atau gagalnya sesebuah Organisasi itu mencapai matlamatnya..
    Jika diukur dari awal penubuhan FAM sehinggalah ke usianya hari ini,bolehlah dikatakan FAM itu gagal melaksanakan tanggungjawab nya sebagai badan Induk Bolasepak Malaysia..
    Gagal dlm ertikata setelah sekian lama mereka menerajui Organisasi Induk Bolasepak Malaysia,hanya 2 kali layak ke Sukan Olimpik,memenangi pingat Gangsa dlm Sukan Asia Taheran dan tidak pernah melepasi pusingan akhir Piala Dunia..
    Hanya itulah Pencapaian tertinggi pernah dikecapi selain menjuarai beberapa edisi jemputan serantau..
    Jika kita Pernah layak ke Olimpik sebanyak 2 kali dan pernah bermain di separuh akhir Sukan Asia,lalu kemanakah Bolasepak kita selepas itu?
    Disinilah ukuran kpd kegagalan itu krn setelah tiga pencapaian tinggi itu kita masih terperosok di peringkat Asia Tenggara..
    Apa yg berlaku Sebenarnya?
    Yg berlaku adalah Badan Induk ini
    sangat perlahan perkembangannya dimana skop pengawasan dan task kpd melahirkan kelompok2 besar pemain yg boleh membawa negara ke peringkat tertinggi..Dgn perlaksanaan pembangunan yg tidak menyeluruh dan tidak sustain malah kerap berubah-ubah pendekatan menyaksikan bolasepak Malaysia mengalami tempoh "Hang" atau "Mulfunction" yg tersangat lama..
    Kita hanya dilekakan dgn Liga Tempatan yg meriah ttp ketandusan kualiti utk mencabar diperingkat antarabangsa..
    Ini disebabkan FAM seolah-olah tidak menetapkan Objektif dlm Menentukan Standard bolasepak Negara dlm tempoh jangka pendek dan jangka Panjang..
    Struktur Hirakinya masih sama dan gaya pentadbiran yg masih sama sedangkan bolasepak itu bergerak pantas dan tuntutan Profesionalisme menunjukkan FAM atau org2 di dalam FAM itu sudah terlalu tua utk menentukan halatuju Bolasepak Negara..
    Mungkin Gaya berfikir mereka juga pun masih stagnant dgn minda 80'an..
    Inilah yg berlaku pd pandangan sy selaku peminat bolasepak..
    Cara sy melihat mudah sahaja..
    Bila kita melihat Standard bolasepak kita,ia berkait dgn berapa ramai kelompok pemain yg berjaya dihimpunkan..Bilangan ini menunjukkan hasil dari program pembangunan yg telah dilaksanakan..
    Ertinya,dgn kelompok pemain yg kita hasilkan tidak cukup utk membawa Nama Negara ke pentas antarabangsa..Bilamana Kelompok pemain yg ada terhad,ianya menjadi petunjuk bahawa Program pembangunan yg dilaksanakan tidak dapat membantu Negara mencapai aras yg sepatutnya..Sebagai Cth: Berapakah jumlah pemain2 bwh 18 tahun yg berdaftar di bawah akedemi bolasepak yg berada dlm pengawasan FAM?
    Dan kemanakah mereka akan diserapkan selepas mereka menamatkan persekolahan mereka?
    Berapa ramai dikalangan pelatih akedemi ini berjaya menempatkan diri dlm pasukan2 simpanan Negeri atau pasukan Negeri? dan bagaimana perkembangan mereka dipantau?
    Kebanyakan mereka telah cicir dari senarai yg FAM ada skrg..Pembangunan diperingkat umur adalah fasa yg terpenting krn ia menentukan adakah kita memiliki kelompok pemain yg mencukupi utk mengangkat standard bolasepak Negara..Adakah kelompok yg ada sekarang mencukupi?
    Berapa ramai pula pemain2 di peringkat daerah yg tercicir dari radar FAM?
    Sy rasa jumlah itu berkali ganda lebih ramai..Apakah yg terjadi kpd mereka yg tercicir ini?
    Disinilah yg menyebabkan Standard bolasepak kita tidak berganjak ke ke mana2..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa