Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 1, 2014

Apek Pembuat Mee Bayar Deposit Calon PAS

CINA BAYAR DEPOSIT CALON PAS ....

Tahun 2008 Ah Tek telah mengeluarkan wang simpanan beliau untuk membayar deposit pencalonan saya sebanyak RM5k. Ketika itu perasaan saya benar-benar tergaman dan tidak terkata-kata.
Ah Tek dan Mujahid Yusuf Rawa

Ini pula Ah Tek, tulang belakang kejayaan pengundi Cina di Kuala Kurau. Sentiasa bersama semasa susah dan senang.
Tidak mahu mengejar kedudukan dan hanya mahu melihat PAS berjaya. Beliau pernah berkata:

"Wa mati pun takpa kalau PAS punya pasai..lu mesti mau keleja baik-baik".

Tahun 2008 beliau telah mengeluarkan wang simpanan beliau untuk membayar deposit pencalonan saya sebanyak RM5k. Ketika itu perasaan saya benar-benar tergaman dan tidak terkata-kata.

Kini, Ah Tek mengusahakan perniagaan mee yang dibuat secara "by hand" dan semua orang Kuala Kurau sangat menggemari mee yang dibuat oleh Ah Tek.

Anak anak anak Ah Tek seperti anak saya. Saya sangat rapat dengan anak-anak Ah Tek. Mereka juga bergaul baik dengan anak-anak saya.

Tribute buat "the unsung hero" ini supaya kisah ini diketahui seluruh dunia.

Mereka ialah insan-insan yang tidak mengejar nama tapi keikhlasan perjuangannya amat tinggi sekali. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa