Sharnaaz buat pemeriksaan otak
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Februari 2014
TERNYATA, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, mempunyai cara yang tersendiri dalam menyindir sekali gus membuat lawak jenaka.
Malah, saranan daripada pelakon senior, Fauzi Nawawi, kepadanya agar mendapatkan rawatan kesihatan turut dipenuhi pelakon drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini.
Menerusi laman sosial miliknya, Sharnaaz turut memuat naik foto dirinya berserta hasil ujian imbasan pemeriksaan otak.
Selain itu, Sharnaaz juga tidak terlepas untuk menulis ayat-ayat 'pedas' yang lebih menjurus ke arah sindiran halus.
"Saya dah buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiography). Scan otak pun dah.
"Di kawal rapi oleh Dr Sherrini dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM)... Saya lulus, otak saya sihat dan juga 'hensem' otak saya. hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? halussssss," katanya.
Sebelum ini, Sharnaaz turut memberikan tempoh untuk pasangan pelakon berkenaan memohon maaf kepada ibunya, namun permintaan itu tidak diendahkan apabila Fauzi dan Lisdawati tidak berganjak daripada pendirian mereka.
Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut memberitahu bahawa dia akan bertindak menyaman pasangan berkenaan dengan kadar maksimum.
- Abu Bakar Zainal · Top commenter · Sekolah Alam Shah
Cuba check akal yg ada dalam otak tu? Maslah bila tak ada akal dlm otak, bukan boleh scan terutama didikan agama.Reply · 22 · Like · Follow Post · Yesterday at 09:55
Norlis Mukhayat · Works at Automotive Corporation (M) Sdn Bhd
BERTEMU BUKU DAN RUAS. AMEKKAUReply · 9 · Like · Follow Post · Yesterday at 09:14
Wsej Wak Salam
Otak sihat tapi akal, hati nurani bagaimana? Adalah lebih baik bermaaf-maafan dan bersangka baik shj.Reply · 6 · Like · Follow Post · Yesterday at 12:07
Muhammad Azri · Politeknik Premier Ibrahim Sultan Johor Bahru
acah je ni, taktik nak alihkan perhatian rakyat daripada isu BR1M wakakakakaReply · 5 · Like · Follow Post · Yesterday at 12:30
PimPim Azue · Follow · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
salah org mau tunjuk samseng lahReply · 3 · Like · Follow Post · Yesterday at 09:44
Ahmad Faizal · Universiti Teknologi Malaysia
Selalunya tak amik port sgt la artis2 gaduh ni.. tp kali ni rasanya lisda ngan fauzi prob kot.. betul la bertemu buku ngan ruas...Reply · 2 · Like · Follow Post · Yesterday at 14:30
Mark Adam · Follow · FBM at Starwood Hotels & Resorts Worldwide, Inc.
hebat hebat..gua salute lu....Reply · 2 · Like · Follow Post · Yesterday at 09:36
Renzo Krmt · Kuala Lumpur, Malaysia
ko rang same je..ini semua poyoReply · 1 · Like · Follow Post · Yesterday at 13:31
Ayah Nyah · Follow · Top commenter · Northrop University Inglewood CA USA
sebenarnya benarlah kata pepatah kerana pulut santan binasa.....perkara macam tu tak patut pun berlalaku...tapi dah gatal nak jaga tepi kain orang....Biar dirasa kena saman...tak payahlah berlakun berciciran air mata, tak payahlah ugama dipermainkan...kononnya supaya dapat simpati orang ramai. Cerita sebenar pasti terbongkar...Reply · Like · Follow Post · 19 hours ago
Zamzuri Yunus · Sek keb sengkang bkt gambir muar
Banyak2 ambik air sembahyang bro...dan jgn lupe sembahyang...org yg paling hebat ialah mereka yg terlebih dulu mintak maaf ...walaupun bukan dia yg salah...aku minat dua2...sori..minat semua...tiga3 sekali......tp skrg dh kurang minat...lu pikir la sendiri...mcm."kata Nabil"...Reply · Like · Follow Post · 18 hours ago
inilah dia manusia.. tak lari dari melakukan kesilapan.. apabila islam di letakan di dalam almari.. inilah jadinya.. tepuk dada tanya iman.. marilah org2 yg beriman.. sering kali seruan tu kita dengar tiap kali jumaat.. akan tetapi.. aDAKAH KITA INI BERIMAN.. tepuk dada tanya iman.. kembalilah kejalan yg benar.!!
ReplyDelete