Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 1, 2014

Lucu: Teka-Teki Dan Tanggapan.....

Bolehkah anggota tentera dihadapkan ke mahkamah tentera kerana mendedahkan kesalahan sivil? 
04:00PM Mac 01 2014
KOMEN PEMBACA: Anggota yang berkhidmat untuk negara berdepan dua undang-undang -- sivil dan undang-undang tentera. Mej Zaidi kini didakwa mengikut undang-undang tentera kerana kesalahan yang didakwa berlaku ketika pilihanraya umum.
Apa kesalahan beliau? Saya percaya kerana mengumumkan kepada akhbar awam tentang dakwat tidak kekal serta membuat laporan polis mengenainya. Walaupun pihak tentera melarang anggotanya membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran, Mej Zaidi berada di dalam dilema.
Pertama, di dalam PRU, beliau mengunakan hak sepertimana orang awam yang lain. Setiap kekurangan yang dilihatnya perlu diutarakan melalui apa saja cara yang wajar baginya. Kedua, beliau membuat laporan polis yang juga merupakan haknya. Bagaimana beliau dikatakan melakukan kesalahan?
Biar saya beri gambaran yang dialami anggota yang berkhidmat kepada negara. Dia dirompak dan ditembak di rumahnya. Ia kes sivil, jadi dia membuat laporan polis tentang insiden tersebut. Apabila disoal wartawan, dia membuat kenyataan. Adakah dia menyalahi undang-undang tentera? Bolehkan pihak tentera mendakwanya kerana berhubung dengan pihak akhbar dan membuat kenyataan, atau laporan polis? Mej Zaidi berani menegakkan kebenaran. Itu pendapat saya -- Ho Chee Pong
Zainal AbidinZulkifli: Syabas Mej Zaidi kerana menunjukkan sikap bertanggungjawab serta terpuji. Anda telah berkhidmat kepada negara dengan dedikasi tanpa perlu bertempur! Saya memikirkan apakah agaknya nasib Mej Zaidi, akibat pengorbanan beliau. Adakah orang ramai tahu mengenainya dan sejauh mana orang ramai boleh membantu?
Khai Chee Yow: Dunia tidak akan musnah kerana pihak yang mahu membuat kejahatan…tetapi mereka yang hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa…Mej Zaidi melakukan sesuatu. Beliau berkata benar..bagi sebilangan “manusia yang berhati mulia”.
FauziSaadi: Bolehkan seorang tentera dihadapkan ke mahkamah tentera kerana enggan mengikut arahan pegawai atasan yang mahu dia menjadi kedi (caddy) kepada Jeneral yang mahu bermain golf?
Sam Ganapathy: Kembalikan pekerjaannya yang telah dilakukan dengan ikhlas selama ini.
Komen-komen ini diperolehi daripada artikel “Telling the truth is a crime in Malaysia”.

2 comments:

  1. berani berkata benar itu sifat terpuji yang dianjurkan oleh Islam

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan, anggota ATM la ni
    telah pun diBTNkan oleh UMNO. So
    MAJORITY senior officer telah
    diperLEMBUkan supaya senang mengawal
    angggota yang mula cenderong kearah
    kiri. Kepada Pegawai yg berani ni
    lu ambil peguam luar jangan sekali2
    terima peguam yang dipilih dari ATM.
    Peguam celaka ni telah diBTNkan
    you know what I mean! Good luck.
    Rezeki ALLAH SWT yg tentukan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa