Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 13, 2014

Bangunan kediaman di New York meletup dan runtuh

Bangunan kediaman di kejiranan East Harlem di New York meletup dan runtuh hari ini, menyebabkan kebakaran teruk dengan asap tebal terkumpul di kawasan itu, kata pegawai rasmi.
Stesen televisyen tempatan melaporkan beberapa orang awam mengalami kecederaan ringan dalam kejadian di Street 116 dan Park Avenue itu.
Rakaman televisyen menunjukkan serpihan berterbangan ke seberang jalan.
“Ia adalah letupan dan bangunan runtuh,” kata jurucakap Jabatan Polis New York kepada AFP, tanpa memberikan maklumat lanjut.
Pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
“Kami menerima panggilan pada jam 9.34 pagi. Ia adalah bangunan kediaman. Jabatan Bomba New York dalam proses memadamkan api,” kata seorang lagi jurucakap polis. – AFP, 12 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa