Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 4, 2014

Himpunan Sokongan Mejar Zaidi 8 April Di Kem TUDM

Bersih gesa rakyat berhimpun sokong Mejar Zaidi pada 8 April
OLEH MD IZWAN
MARCH 04, 2014
Pertubuhan bukan kerajaan (Bersih 2.0) menggesa orang ramai turun ke kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bagi memberikan sokongan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang akan dibicarakan 8 April depan.

Kumpulan tersebut berkata rakyat perlu membela tindakan berani juruterbang TUDM itu dan dia tidak sepatutnya dihukum.
"Tunjukkan kepada Mejar bahawa beliau bukan keseorangan.
Zaidi kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia."Sampaikan pesanan kepada semua bahawa tindakan yang patut dibanggakan dan dipuji ini tidak patut dihukum," kata Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan.
Beliau dituduh membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.
Maria juga menggesa supaya pertuduhan yang dikenakan ke atas Zaidi digugurkan.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri sudah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.
"Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata benar demi kepentingan awam?” katanya.

Di samping itu, Bersih 2.0 juga melancarkan "Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi" bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa tersebut.
Surat bantahan daripada Bersih 2.0 juga dihantar kepada Majlis Angkatan Tentera untuk memberi tekanan supaya pertuduhan digugurkan.
"Bersih 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran," kata Maria lagi.
Sekiranya didapati bersalah, Zaidi mungkin kehilangan pencen dan faedah lain. Ini merupakan ketidak-adilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat.
Zaidi akan dibicarakan di hadapan panel Mahkamah Tentera yang diketuai Kol Saadon Hasnan turut terdiri daripada Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mej Khuzairi Mohd Arshad, Mej Khairul Nizam Taib, Mej S. Nadzeer Salehuddin and Mej Noor Azman Ahmad.
Zaidi berdepan lima pertuduhan antaranya berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.
Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain. – 4 Mac, 2014.

1 comment:

  1. Ivisited multiple web pages but the audio quality for audio songs
    current at this site is really superb.

    Here is my web page - gamevil baseball superstars 2013 hack android

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa