Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 4, 2014

Kajang: "A Bridge Too Far" Kepada BN

Umno tiada harapan di pilihan raya kecil Kajang?
Tan Jooi LongMac 04 2014
SUARA LANTANG: "A Bridge Too Far" (Jambatan yang terlalu panjang) menceritakan kisah Operasi Market Garden, yang menyaksikan kegagalan tentera Bersekutu menyeberangi sempadan Jerman di sungai Rhine melalui negara Belanda pada Perang Dunia Kedua.
Tajuk buku tulisan Cornelius Ryan itu diambil daripada ungkapan seorang Jeneral British, “Saya fikir kita merentasi jambatan yang terlalu panjang”.
Adakah Umno-BN berdepan nasib yang sama?
Pertama, media atas talian menyiarkan tajuk seperti “BN telah mengaku kalah di Kajang?” dan “Pengundi mahum Anwar sebagai MB”.
Kemudian, parti komponen Barisan Nasional Gerakan berkata pilihan raya kecil ini amat mustahak sebagai penanda aras sokongan terhadap BN. Maaf? Satu lagi gimik Indeks Prestasi Utama (KPI)?
Umno-BN kini berdepan laluan paling getir.
Sekiranya mengambil langkah tidak bertanding, tokoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin sudah tentu menghentamnya habis-habisan.
Meletakkan calon Umno merupakan satu langkah yang terlalu berisiko, dan tidak mungkin dilakukan Presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Perkara yang terbaik ialah dengan meletakkan calon MCA. Tindakan itu juga mampu merungka pelbagai masalah.
Di dalam meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun bagi menyaingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno melaungkan slogan “perkongsian kuasa” yang diamalkan Barisan Nasional.
Siapa yang cuba Umno perdaya?
Pada PRU13 yang lalu, Umno merampas tiga kerusi parlimen daripada MCA di Gelang Patah, Wangsa Maju serta Kuantan.
Najib sudah tentu mahu menjauhkan dirinya daripada pertandingan di Kajang ketika keadaan tidak menentu ini.
Timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak mahu mencalar reputasinya di dalam menerajui serangan ke atas PKR.
Timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno itu sentiasa mengetuai kempen pilihan raya Barisan Nasional.
Di Kajang, pengarah pilihanraya BN yang juga ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar tidak dipandang tinggi. Perlantikannya diumumkan Muhyiddin sendiri.
“Oh tidak, bukan Noh” merupakan reaksi di kalangan ahli Umno. Ini jelas menunjukkan harapan Barisan Nasional, mengikut laporan beberapa portal berita.
Jika Muhyiddin mahu melepaskan dirinya, adakah Chew sanggup dijadikan magsa korban?
“Karisma berdepan watak yang menyelesakan” ialah bagaimana media online menggambarkan pertandingan di antara Anwar dengan Mei Fun.
Jika penyokongnya merasakan Chew berpeluang cerah, mereka seakan terlupa Anwar merupakan tokoh yang lebih besar berbanding Datuk Seri Liow Tiong Lai atau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Adakah mereka terlupa Anwar berbangsa Melayu di tempat dengan taburan 48 peratus pengundi Melayu, 40 peratus Cina dan 10 peratus India?
Penganalisa menjelaskan di dalam PRU13, PKR meraih 80 peratus sokongan dari kaum Cina dan hampir 90 peratus sokongan pengundi muda di Kajangg.
Di kalangan masyarakat Cina, sentimen masa ini semakin menyulitkan.
Ramai yang telah membuat keputusan awal bagi mengundi Anwar kerana sikap “Apa lagi Cina Mahu?” yang ditonjolkan Umno tidak mampu menambat hati mereka.
Chew mungkin dapat meraih sokongan pengundi wanita, tetapi ramai wanita berbangsa Cina lebih bersimpati dengan penghinaan yang dilempar ke arah ahli parlimen Seputeh Teresa Kok kerana klip video “Onederful Malaysian”nya.
Walaupun ada yang berasa satira itu tidak wajar, mereka kecewa dengan tindakan samsengan yang ditunjukkan selepas itu.
Jadi bagaimana sokongan yang bakal diperoleh Chew, calon MCA bagi Umno-BN?
Harapan beliau sama seperti menunggu matahari terbit dari arah barat pada 23 Mac nanti.
Tetapi usahanya harus dipuji.
Beliau berjanji akan mewakili masyarakat Cina di samping mengisi kerusi pembangkang di Sidang Dewan Undangan Negeri.
Pada masa yang sama, beliau bertekad menangani masalah parit tersumbat dan jalan berlubang.
Seorang pembangkang yang bertanggungjawab ke atas masalah perparitan dan jalan raya? Bukan yang pertama.
Jadi kita bersimpati dengan naib presiden MCA yang tidak berupaya ini.
Beliau bukan mangsa korban, tetapi harapan Chew memenangi kerusi DUN Kajang sebenarnya amat mustahil.
Beliau memilih tidak mengendahkan laporan bahawa presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dipetik sebagai berkata, PKR sudah tentu memenangi pertandingan itu.
“Kita (BN) tidak akan menang pilihan raya kecil ini,” beliau dilaporkan berkata.
“Kita perlu mengurangkan jurang kemenangan pihak pembangkang,” ujar Palanivel kepada 26 pemimpin cawangan yang menyertai mesyuarat bersamanya.
MIC memiliki 45 cawangan di Kajang dan hanya 50 peratus daripada ketua cawangan memilih bagi menyertai taklimat pilihan raya kecil itu.
Jika keputusan pilihan raya kecil Kajang sudah boleh dijangka, maka Anwar sudah tentu bakal ditabal sebagai pemenang.
Sila baca tulisan yang seterusnya.
Tan Jooi Long merupakan bekas pengarang Bernama yang menerajui agensi berita Amerika Syarikat berpengkalan di Asia Pasifik. Beliau turut menulis di akaun Twitternya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa