Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 6, 2014

Ini Benar-Benar Dadah Bawa Padah!

Sindiket hantar pembunuh
Sepang: Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, nyawa seorang wanita berakhir dengan sebutir peluru menembusi kepala sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek, di sini.
Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaiannamun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis. 
Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah. 
“Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai.
MAYAT mangsa ditemui lengkap berpakaian dengan kesan tembakan di kepala.
“Mangsa tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil,” katanya.

2 comments:

  1. Macam mana boleh tahu mangsa adalah pengedar dadah? Dia sudah mati tentu tidak boleh menjawab tuduhan ini. Mungkin ada perancangan dlm pembunuhan itu dan diolah menjadi satu cerita lain. PDRM hendaklah melakukan penyiasatan dari semua sudut.

    ReplyDelete
  2. When some one searches for his essential thing, so he/she desires to be available that in detail, so that
    thing is maintained over here.

    Also visit my website - http://www.incaradvancements.co.uk

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa