Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 6, 2014

Artis: Kelau Betul Nak Kawin, Kawin Jerlah....Gempaq Untuk Apa?

Macam-macam kerenah nakkan populariti dan tumpuan
Nak kawin dengan suami orang pun kawin jerlah, bukan salah bermadu kalau dah mampu
Kalau dah nak bercerai - ke Mahkamahlah!
Buat apa buat kecoh di media?
Semuanya jawapan auta!

Khamis Mac 6, 2014
Isu Rampas Suami Orang, Hanez Suraya Tidak Takut 'Balasan'
Hanez Suraya

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.
"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.
"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.
Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.
Hanez (kiri) berkata sesuatu dengan peguamnya ketika mengadakan sidang media di sebuah hotel pada Rabu

Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada petang Rabu.
Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie, Nurliyana Abd Manan membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Pada sidang media yang dianjurkan Hanez, dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Romie Razin Adilha

Malah Hanez turut meminta Nurliyana untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas nama baik dia dan keluarganya tercalar gara-gara tuduhan tersebut.
Sementara itu, Romie pula berkata, kontroversi yang berlaku tidak akan mengubah fikirannya untuk mengahwini Hanez.
"Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).
"Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.
"Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan," tuturnya.

3 comments:

  1. Artis ini rupa biasa saja , macam gadis kampong melayu yang rata rata cantik kulit gebu terutama yang masih dara.

    Kalau sudah 30 tak kahwin , ayam kampong tua pun dahing banyak tetel susah di kunyah.

    Kahwin saja lah , sudah boring cerai pulak....

    ReplyDelete
  2. Tidak akan melonjak nilai ringgit dgn kisah2 artis kahwin ke atau cerai-berai. Yang mereka heboh2kan itu buat apa? Tiada mendatangkan apa-apa faedah pun pd negara.

    ReplyDelete
  3. Kok dua2 dah gatal sangat, kawin je lah, tak payah heboh2 cari publisiti murah dan tunjuk perangai tak senonoh. Malu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa