Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 3, 2014

Kalau Tak Faham Lagi Memang Jenis Bengap Kepala Kayulah!

Apa lagi 'FAMb' mahu?
Ahmad Fadzly EsaDikemaskini 02:46PM Mac 03 2014
PENDAPAT: "FAM bangsat, Kami datang FAM bangsat, FAM bangsat, Kami datang FAM bangsat, Kami turun di stadium Selayang satu jiwa sokong Malaysia, FAM bangsat dibunuh saja," berikut adalah serangkap lirik sinis yang dilaungkan sekumpulan penyokong tegar bola sepak tanahair di negara ini.

Kumpulan ini yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya hasil gabungan seluruh penyokong persatuan bola sepak semenanjung tanahair  mewakili suara kebanyakannya anak muda yang cintakan bola sepak negara dan mahukan kebangkitan.

Selain itu, laungan 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' turut kedengaran bukan sahaja di segenap penjuru stadium malah hangat diperkatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter dengan hastag #PresidenFAMSilaLetakJawatan atau #PFSLJ.

Bukan sahaja Ultras Malaya, beberapa lagi nama kumpulan penyokong bola sepak tempatan khususnya di Selatan tanahair antaranya Inter Johor Firm (IJF) dan Boys Of Straits (BOS) turut sama solidariti menyokong. Persoalannya, mengapa dan kenapa?.

Sekiranya anda bukan peminat bola sepak yang selalu mengikuti perkembangan bola sepak di negara kita, sudah pastinya dahi anda akan berkerut dan memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan lirik bait dan slogan tersebut. 

Pada pandangan peribadi penulis, mungkin ada mesej yang cuba mereka ingin sampaikan, bukannya mereka ingin menderhaka kepada Sultan yang kita semua tahu adalah Presiden FAM, tetapi mereka mahu merombak pentadbiran FAM itu sendiri demi memartabatkan industri bola sepak di negara ini.

Baiklah, pertama sekali, penulis ingin berkongsi serba sedikit latar belakang ringkas mengenai FAM. Wajib untuk kita mengetahui fungsi dan latar belakang persatuan itu terlebih dahulu. Jika tidak, jangan terus melemparkan tuduhan negatif kepada kumpulan penyokong tersebut.

Ia merupakan satu teka silang kata yang perlu dirungkai kerana ia akan menjawab segala persoalan diatas.

Baiklah, FAM merupakan kata nama singkatan bagi the Football Association of Malaysia atau dalam bahasa Persatuan Bolasepak Malaysia.  

Fungsi dan tugas FAM merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia.

Presidennya ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah yang memegang jawatan itu sejak tahun 1984 sehinggalah sekarang.

Dengan merujuk perkara diatas, mari kita melihat pula kenyataan dibawah yang dipetik menerusi laman blog Ultrasmalaya, semalam.

Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM dirombak secara besar-besaran semasa Pemilihan Kongres FAM penggal 2014-2018 yang bakal menentukan hala tuju bolasepak negara untuk anak-anak watan pada masa hadapan.

Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM yang bertanggungjawab ke atas kerosakan-kerosakan yang disenaraikan di bawah agar ditolak dan disingkirkan sama sekali di dalam Pemilihan Kongres yang akan diadakan: 

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 34 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 34 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Inipun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

5. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman hebat FIFA.

6. Di bawah pentadbiran Presiden kini, bolasepak Malaysia dilanda skandal rasuah paling besar dalam sejarah mana-mana sukan di Malaysia pada tahun 1994. Namun 20 tahun selepas itu sehingga kini, Presiden masih belum meletakkan jawatan.

7. Pada Mei 2013, ultras telah mendapat tip bahawa perlawanan membabitkan pasukan Kuala Lumpur telah diatur untuk menghasilkan keputusan 0-5. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 0-5. 

8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-29 Asia. 

9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-150 dunia. 

10. Lawan Malaysia pada malam semalam (1 Mac 2014) iaitu Filipina pernah berada 85 anak tangga di belakang Malaysia pada tahun 1993 namun kini 23 anak tangga di hadapan.

11. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred 'D' walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga professional pada tahun 1993.

12. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred 'D'.

13. FAM juga merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred 'D' daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14. 

14. Pasukan daripada liga bolasepak Malaysia tidak layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), termasuk perlawanan playoff.

15. FAM membenarkan penyertaan LionsXII ke dalam liga bolasepak Malaysia, walaupun sedar AFC tidak akan membenarkan pasukan daripada liga bolasepak yang memiliki pasukan bukan domestik untuk menyertai Liga Juara-Juara Asia (ACL).

16. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah 'melelong maruah' negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

17. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan 'persahabatan' dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang mengaku sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

18. Pada Februari tahun lepas, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan 'perlawanan persahabatan' Harimau Muda 'A' daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

19. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan 'pertunjukan' dengan Barcelona pada tahun lepas.

20. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab "saya tidak dimaklumkan".

Sekarang, sudahkah anda benar-benar faham dan mengerti tentang mesej tersirat dan tersurat sebalik tindakan penyokong bola sepak akar umbi ini. 

Percayalah! Mereka bukanlah kumpulan samseng atau 'hooligan' sengaja menimbulkan provokasi untuk mencemarkan nama baik negara yang sering dimomok-momokkan media arus perdana dan segelintir pemimpin politik yang menjadi 'pak turut'. 

Ini berikutan perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah bimbingan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee tercemar pada minit ke-30 apabila kumpulan Ultras Malaya yang merancang mengadakan protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM bertindak di luar jangkaan dengan membakar suar dan membaling bom asap, malam kelmarin.

“Ini bukan penyokong tapi samseng tak bertamadun. Jika mereka benar-benar penyokong sejati, mereka tidak akan berbuat demikian (bakar suar dan baling bom asap), mengeluarkan kata-kata lucah dan memaki hamun, ujar Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Seri Subahan Kamal.

Sebelum kita membuat sebarang keputusan untuk menghukumi dan mengadili, fikirkan sejenak, tindakan yang dilakukan mesti mempunyai sebab dan kita seharusnya menghadam setiap maklumat diperolehi terlebih dahulu sebelum mencerna dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.

Oh, ya sebelum terlupa, definisi 'bangsat' merujuk kepada laman web Pusat Rujukan Persatuan Melayu Dewan Bahasa Pustaka Malaysia - - Kata Berketuakan; Takrif mempunyai atau mengambil seseorang sebagai ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu -- Kamus Pelajar Edisi Kedua.  

Selamanya Harimau Malaya!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa