Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 3, 2014

Ketegangan Rusia-Ukraine: Kita Tengok Bagaimana Tindakan Barat

Rusia lulus usul ceroboh Ukraine
seorang penduduk Ukraine memegang bendera Rusia di hadapan beberapa orang askar yang tidak diketahui identiti mereka yang menghalang laluan ke pangkalan pasukan pemantau sempadan di Balaklava, Ukraine, kelmarin. - AFP

MOSCOW/KIEV 2 Mac - Dewan Tinggi Parlimen Rusia meluluskan sebulat suara usul yang dibentangkan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menceroboh Ukraine, semalam menyaksikan kerajaan baharu Ukraine memberi amaran supaya rakyatnya bersiap sedia untuk berperang sambil merayu bantuan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Putin membentangkan usul supaya Parlimen Rusia meluluskan penggunaan tentera di Ukraine berikutan situasi luar biasa di negara itu yang mendatangkan ancaman kepada rakyat Rusia, rakyat senegara Rusia di wilayah Ukraine serta untuk melindungi Armada Laut Hitam di Crimea.

Pengundian usul itu di Dewan Tertinggi Parlimen itu siarkan secara langsung di televisyen Rusia yang menyaksikan negara Barat memberi respons segera kepada keputusan Parlimen Rusia itu.

Kenyataan tegas Putin secara terbuka untuk menghantar tentera ke negara yang mempunyai 46 juta penduduk itu, sekali gus menimbulkan konfrontasi terbesar antara Rusia dan negara-negara Barat selepas Pering Dingin.

Baru-baru ini, tentera Rusia dengan tidak menggunakan sebarang lambang pada uniform mereka termasuk menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran Rusia telahpun menawan wilayah autonomi Crimea.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang tanda tentera Rusia masuk ke kawasan lain di Ukraine selain Crimea yang mempunyai majoriti etnik Rusia dan sering menyuarakan hasrat untuk keluar dari Ukraine.

Sementara itu, Perdana Menteri Ukraine, Arseny Yatseniuk memberi amaran langkah Rusia melancarkan tindakan ketenteraan di Ukraine ‘akan menjadi permulaan kepada perang dan pengakhiran kepada hubungan antara Rusia dan Ukraine’.

Pemangku Presiden Ukraine, Oleksander Turchinov dalam masa sama telah mengarahkan tentera Ukraine diletakkan dalam keadaan kesiapsagaan tertinggi untuk berperang.

Menteri Luar Ukraine, Andriy Deshchytsya berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah serta menghantar surat kepada NATO bagi ‘mengkaji kesemua kemungkinan untuk melindungi integriti di wilayah itu dan kedaulatan Ukraine’.

Menurut AS, tindakan Rusia itu secara jelas menceroboh kedaulatan Ukraine dan meminta supaya Moscow mengundurkan tenteranya ke pangkalannya di Crimea serta menggesa pemantau antarabangsa segera dihantar ke Ukraine.

Dalam satu kenyataan oleh White House selepas Presiden Barack Obama menghubungi Putin selama 90 minit, AS juga akan menghentikan penglibatan mereka dalan mesyuarat persediaan bagi sidang kemuncak Pemimpin-pemimpin Kumpulan Lapan (G8) di negeri Sochi, Rusia dan memberi amaran tentang ‘pengasingan politik dan ekonomi yang lebih besar’.

Menurut Obama, sekiranya Rusia bimbang tentang nasib etnik Rusia di Ukraine, Moscow seharusnya menangani perkara itu secara aman, namun Putin dalam reaksi balasnya berkata, Rusia berhak untuk melindungi kepentingannya dan mereka yang bertutur dalam bahasa Rusia di Ukraine. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa