Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 6, 2014

Lepas Kena Tembak Difitnah Pula!

Sanjeevan akan fail saman fitnah

 | March 6, 2014
Wong telah menfitnah dan menjatuhkan reputasi serta kredibiliti Sri Sanjeevan dan MyWatch.
sanjeevanBAHAU: Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, bakal memfailkan saman fitnah ke atas seorang individu bernama Wong Nyuk Sang.
Sri Sanjeevan mendakwa Wong telah menfitnah beliau dan menjatuhkan reputasi serta kredibiliti Sri Sanjeevan dan MyWatch.
“Dakwaan Wong dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini adalah tidak benar dan menfitnah saya.
“Pada isnin lalu lebih kurang jam 08.30 malam semasa saya berada di Restoren Nagas, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, saya telah terbaca satu artikel di dalam  China Press muka surat A13; bahawa Wong Nyuk Sang dari Jempol memberitahu bahawa saya telah memeras ugut beliau dengan meminta wang perlindungan sebanyak RM2, 000 setiap bulan dan beliau telah membayar sebanyak RM2, 400 bagi bayaran bulan Mei dan Jun 2013.
“Perkara ini bersangkut paut dengan Nombor Repot Bahau 00733/14, di mana beliau tidak puas hati dengan tindakan saya.
“Saya berasa tidak puas hati dengan tindakan beliau kerana ini adalah satu fitnah dan telah menjatuhkan reputasi serta kredibiliti saya dan MyWatch. Perkara ini juga menjejaskan maruah saya.
“Saya akan memfailkan satu saman fitnah ke atas Nyuk Sang secepat mungkin,” kata Sri Sanjeevan dalam sidang media hari ini.
Sri Sanjeevan juga mendakwa kenyataan Nyuk Sang yang mengaku mengusahakan perniagaan refleksologi di Taman Sornam, Bahau adalah tidak benar.
`Tidak benar’
“Kenyataan beliau mengusahakan pusat refleksologi adalah tidak benar. Taman Sornam tak ada pusat refleksologi,” katanya.
Sebelum ini pengawal peribadi Sri Sanjeevan iaitu S Ayappen telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bahau pada 28 Februari lalu berhubung insiden kereta yang dipandu oleh Ayappen nyaris dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Kancil.
“Pada 28 Februari lalu  lebih kurang jam 5.30 petang, semasa pengawal peribadi saya sedang memandu di Taman Sornam, Bahau, sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaiki dua lelaki Cina telah cuba melanggar kereta dipandu pengawal peribadi saya dan telah menunjukkan isyarat lucah kepada beliau dan mengejar hingga ke Kiara Square.
“Selepas menurunkan saya di Nanyang Kopitiam, pengawal peribadi saya pergi semula ke Taman Sornam dan kereta tersebut masih mengekori pengawal peribadi saya. Pengawal peribadi saya berpatah balik ke Taman Meranti dan didapati kereta tersebut telah tiada,” jelas Sri Sanjeevan.
Dalam sidang akhbar yang sama Sri Sanjeevan menegur Polis Jempol dan mendakwa kadar jenayah di Jempol tinggi.
“Kadar jenayah di Jempol tinggi. Berlaku banyak kes kecurian motorsikal dan ada sindiket dadah  di Jempol. Tetapi tiada tangkapan besar,” katanya.

2 comments:

  1. nampak macam pembuat jenayah begitu angkuh sekali tanpa peduli pasukan keselamatan lagi apa sudah jadi

    ReplyDelete
  2. Pasukan keselamatan pun sudah tidak selamat, akibat drp kegiatan rasuah berleluasa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa