Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 13, 2014

MB Kelantan minta rakyat terus berdoa MH370 ditemui

The Malaysian Insider
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) mengajak rakyat terus berdoa agar pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang Sabtu lepas, segera ditemui.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Anggota Perkhidmatan Awam Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini, Ahmad berkata pihaknya mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat. 
"Dewan Ulama PAS Pusat juga memutuskan untuk mengadakan Solat Hajat Perdana di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada esok hari," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.
Pesawat MH370 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada jam 12.41 pagi Sabtu lalu.
Mengulas mengenai Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa, Ahmad berkata lapangan terbang itu perlu dinaiktaraf kepada lapangan terbang antarabangsa, bagi memudahkan kegunaan terutama ketika berlaku kecemasan.
"Jika berlaku apa-apa kecemasan di lautan dalam laluan Kuala Lumpur-Bangkok, Kuala Lumpur-Beijing, dan Kuala Lumpur-Vietnam, lapangan terbang ini yang terdekat untuk (pesawat) membuat pendaratan cemas," katanya. – Bernama, 12 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa