Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 15, 2014

MH370: Apa Punya Karut Pulak Nih?

Boleh sahkan ini wahai Hishamuddin?
Mungkin itu, mungkin ini. Semua orang pening!

Saintis China kait gegaran dengan MH370
Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 nampaknya berbalik semula ke kawasan antara timur dan barat Semenanjung Malaysia , ekoran maklumat terbaru dari saintis China mengenai kemungkinan pesawat itu mencetuskan gegaran apabila jatuh ke laut kira-kira 150km di selatan Vietnam.

Sekumpulan pakar seismologi di universiti terkemuka China berkata mereka mengesan gegaran (seismik) di dasar laut antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac yang mungkin akibat impak hentaman.

"Ia bukan zon seismik, oleh itu, apabila dilihat pada masa dan tempatnya, ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang itu," kata satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb Universiti Sains dan Teknologi China.

Ini juga telah dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post.

Kenyataan disiarkan ketika pegawai AS mula menumpukan pencarian mereka di Lautan Hindi selepas hampir seminggu usaha mencari pesawat di Laut China Selatan terus gagal, dengan menyatakan ada tanda-tanda pesawat itu mungkin berpatah balik selepas putus hubungan dan diterbangkan pada arah barat selama beberapa jam. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa