Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 15, 2014

MH371: Apa Masalahnya Ni - Sibuk Mencari Kesilapan Mangsa?

Dua tiga hari lepas banyak media sosial yang menumpukan terhadap Co-Pilot yang kononnya berfoya-foya dengan membenarkan perempuan berada di cockpit.
Entah berapa hari dok ulang perkara itu
Tidaklah terfikir apa perasaan keluarga dan warisnya?
Apakah tujuannya pun tak tahulah.....

Di kala ramai orang yang berhati perut bersimpati dan mendoakan yang terbaik untuk crew dan penumpang tapi di masa yang sama ada pula yang cuba mencari kesilapan crew yang telah berlalu

Kini timbul pula yang captain MH370 ada simulator di rumah
Entah apa kaitan dengan kehilangan pesawat MH370?

Adakah mereka ingat pilot yang sudah senior seperti captain Zaharie Shah membuat stunt menggunakan 777-200 yang penuh dengan penumpang?
Hanya yang timbulkan isu itu saja yang tahu apa tujuannya....

Juruterbang bebas punyai hobi termasuk miliki simulator, kata MAS
MARCH 14, 2014
Juruterbang berhak mempunyai hobi masing-masing termasuk memiliki simulator penerbangan di kediaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya (gambar).
"Bagi juruterbang, mereka bebas mempunyai hobi masing-masing... mempunyai simulator di rumah sendiri," katanya dalam sidang berita harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat MAS MH370 di Sepang hari ini.
Beberapa media tempatan dan asing melaporkan dengan memetik gambar daripada laman sosial Facebook milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang menunjukkan juruterbang itu mempunyai simulator penerbangan sendiri di rumahnya di Shah Alam.
Ahmad Jauhari berkata siasatan secara terperinci ke atas juruterbang tersebut hanya akan dilakukan jika terdapat petunjuk tertentu.
Jelasnya MAS masih lagi meneliti kesemua senarai kru penerbangan dan penumpang pesawat MH370 itu sebelum memulakan sebarang siasatan terperinci.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kemudian menjelaskan siasatan polis ke atas simulator tersebut belum lagi dilakukan.
"Kami tidak dapat jawab soalan mengenai perkara itu sehingga mereka pergi ke rumah itu untuk melihat simulator.
"Polis belum pergi ke rumah itu... belum memeriksanya... tetapi siasatan ke atas juruterbang itu sedang dijalankan," katanya.
Polis dilaporkan ke rumah juruterbang itu untuk menemu bual ahli keluarga juruterbang tersebut, yang merupakan siasatan rutin untuk mencari sebarang petunjuk membabitkan aspek psikologi atau mental.
Kapten Zaharie merupakan juruterbang berpengalaman kerana sudah berkhidmat lebih 30 tahun. – Bernama, 14 Mac, 2014. - sumber

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa