Dan memang Malaysia menyembunyikan sesuatu?
Malaysia tolak tawaran Interpol berulang kali dalam kes kehilangan MH370
Malaysia berulang kali menolak tawaran polis antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 walaupun kerajaan percaya pesawat hilang kerana "tindakan sengaja", lapor ABC News.
Bercakap kepada ABC News di Amerika Syarikat (AS), seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan itu menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat dan menolak tawaran Interpol untuk membantu.
"Ini merupakan taktik lama sebelum tragedi 9/11: Sembunyikan maklumat, jangan kongsi dengan sesiapa," kata pegawai tersebut seperti dilaporkan ABC News di laman sesawangnya merujuk kepada tragedi 11 September 2001 satu ketika dahulu.
ABC News turut memetik sumber daripada penguatkuasa keselamatan AS yang berkata kebimbangan tentang dakwaan Malaysia enggan menerima bantuan Interpol mungkin menjadi sebab misteri kehilangan MH370 menjadi lebih sukar.
Dalam sidang akhbar ditunggu-tunggu semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada masyarakat antarabangsa kerana membantu Malaysia dalam mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerajaan yang memberi pertolongan dalam saat-saat yang amat getir ini. Sejak hari pertama lagi, pihak berkuasa Malaysia bekerjasama rapat dengan rakan kami di peringkat antarabangsa - termasuk negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan pasukan mencari daripada pelbagai negara - kebanyakan mereka berada di sini sejak Ahad lalu," kata Najib di Hotel Sama Sama, KLIA semalam.
"Kami berkongsi maklumat secara tepat masa dengan pihak berkuasa yang memiliki pengalaman diperlukan bagi mentafsir data yang ada. Kami berusaha tanpa henti untuk membantu penyiasatan. Dan kami meletakkan kepentingan negara di tempat kedua dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu,” katanya.
Sebelum itu, agensi berita Associated Press (AP) melaporkan seorang jurucakap kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.
Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.
Ini menyebabkan penyiasatan dilakukan terhadap semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dengan harapan akan bertemu dengan fakta yang dapat membantu misi pencarian.
Polis menyerbu rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah semalam dan dijangkakan membekalkan maklumat kepada penyiasat. - 16 Mac, 2014. - sumber
malaysia jd kambing hitam oleh kuasa2 besar dunia ,mcm sudah plan cari kat air dulu untuk panjangkan masa perbincangan selepas seminggu baru nk cari d darat, dlm tempoh itu, psawat sudah berpindah randah dari naning mgkin ke pulau dan dari pulau mgkin sudah sampai ke zon eropah pd waktu ini..
ReplyDelete