Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 16, 2014

MH370 - Tak Masuk Akal: Adakah Mereka Mencari Kambing Hitam Untuk Dikorbankan?

Sanggupkah seorang yang bersikap baik seperti digambarkan oleh para sahabat di dalam MAS dan juga di luar sanggup korban diri, kerjaya dan nyawa penumpang semata-mata kerana politik dan Anwar?
Isu liwat II adalah isu Anwar dan politiknya.  Bukan isu agama

Bodoh bangang sangatkah Capt. Zaharie ni?
Agak-agak senipis kulit bawangkah imannya?

Pada aku teori ini tak masuk akal langsung - baca juga laporan ini
Bagi orang puteh memang mereka tidak boleh mengenal antara isu Agama dan isu poltik
Itu sebab mereka pakai hentam kromo!

Mungkinkah juruterbang rampas pesawat akibat kecewa Anwar bersalah kes Liwat II?
MI - MARCH 16, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 16, 2014 11:15 AM

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Kapten Zaharie Ahmad Shah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.


Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.
Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah.Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.
Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.
Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.
Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.
Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.Juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.
"Siasatan ini banyak membabitkan sensiviti, namun kita harus meneruskan apa sahaja sudut yang menjadi perhatian," lapor Daily Mail memetik penyiasat itu.
Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya biarpun kini mereka masih berkongsi rumah yang sama.
Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa serbuan ke atas rumah Zaharie itu dilihat sebagai tindakan susulan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya semalam, yang mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.
Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
Media antarabangsa itu memetik sumber risikan rasmi Amerika Syarikat yang menyatakan pesawat diterbangkan seorang pakar penerbangan dan hilang daripada radar pada 8 Mac.
Ia kemudiannya disusuli dengan siasatan semula ke atas semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu bagi mencari jawapan termasuk dakwaan kemungkinan pesawat dirampas.

Daily Mail turut melaporkan kemungkinan pesawat itu terbang sehingga 45,000 kaki di mana ia melebihi had perkhidmatan, sebagai percubaan untuk tidak menyedarkan penumpang dan anak kapal. - 16 Mac, 2014.

1 comment:

  1. Penasihat yahudi najib telah berjaya menyelinap masuk kedalam putra jaya sebelum ini telah ada lapuran mereka berada dijabatan peguam negara tapi berita itu dinafikan dan sekarang misteri MH370 telah berjaya malangkaui keraguan oleh kerajaan malaysia termasuk angkatan tentera malaysia yang selama ini bagitu beria-ia mengatakan negara ini selamat dari pencerobohan luar.Kita tunggu dan lihat episod seterusnya yang akan dilakunkan oleh pehak APCO buah hati Najib.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa