Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 14, 2014

MH370: Hantar isyarat ‘ping’ di kawasan perairan

Pesawat MH370 hantar isyarat ‘ping’ di kawasan perairan
The Malaysian Insider
Pesawat MH370 menghantar beberapa siri isyarat "ping" atau nadi elektronik, dengan kali terakhir dihantar di satu lokasi di atas air, lapor Wall Street Journal (WSJ).
Misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan kini diperluas ke kawasan Lautan Hindi.
Memetik beberapa sumber dalaman ketenteraan Amerika Syarikat, dan industri angkasa lepas, WSJ melaporkan satelit turut menerima isyarat kelajuan dan altitud pesawat berkenaan melalui lima hingga enam "ping" sebelum isyarat berkenaan hilang.
Pakar percaya ia akan membantu mereka mengesan lokasi dan laluan pesawat berkenaan.
WSJ bagaimanapun berkata, pegawai yang terlibat dalam siasatan enggan mendedahkan lebih lanjut laluan pesawat berkenaan ketika isyarat itu dihantar.
Berdasarkan laporan itu, seorang pegawai dalam industri tidak menolak kemungkinan sistem berkenaan ditutup oleh seseorang dari dalam pesawat sendiri. - 14 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa