Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 13, 2014

MH370: Harapan Seorang Insan Prihatin - via email

Saya terima email ini hari dalam inbox email saya dan saya postkan di sini tanpa edit.... 

Nor Azam Ab Wahab 
Assalam tuan,

agak2 boleh x post ke blog tuan untuk tatapan semua..

Assalamulaiakum wbt..

Salam berbahagia kepada semua Yang Berhormat, Dato Seri dan Dato’ sekalian yg merupakan wakil wakilrakyat peringkat Parlimen dan Undangan Negeri di Malaysia.
Wahai Wakil wakil kami sekalian,

Kami rakyat berasa begitu terkesan dengan kehilangan pesawat MH370 yang mana Usaha Menyelamat dan Mencari tlah masuk hari ke-6 tanpa adanya apa apa perkembangan yang positif untuk menemukan pesawat itu kembali.

Usaha telah digerakkan dengan begitu aggresif bersama bantuan dari Negara Negara lain yang prihatin dengan kejadian malang yang menimpa kepada kita ini. Namun, usaha dengan moderate and teknologi yang canggih juga masih belum mampu merungkai kepada jawapan untuk kehilangan MH370 ini.

Maka dengan ini, kami rakyat Malaysia begitu terpanggil untuk menyuarakan hasrat dan keinginan kami untuk membantu dengan kemampuan yang kami miliki. Justeru itu,
Kami memohon kepada anda seua, wakil wakil rakyat kami, ketepikanlah sentiment politik, lupakan sebentar prk kajang dan hentikanlah sebentar usaha SAR ini.

Dato Seri,
Sebagai Ketua kepada pemimpin di Malaysia, kami merayu kepada Dato’ Seri agar
Meluangkan masa dato’ seri dan seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam selama 1 jam atau kurang untuk mengadakan satu program Solat Istiqsa’ dan Solat Hajat seluruh Negara pada satu tarikh dan masa yang ditetapkan. 

Semua masjid, surau, madrasah dan sekolah hendaklah berhenti sejenak selama masa yang ditetapkan agar program ini boleh berjalan dengan lancar. Mungkin boleh diadakan seperti dibawah :

Tarikh  : 14 atau 15 March 2014
Masa    : 0900am atau 0600pm atau 2000pm
Kaedah : Laungan Azan ditetapkan pada masa tersebut
               Solat Solat Istiqsa’
               Solat Hajat
               Doa
               Bersurai

Laungan Azan dikumandangkan di seluruh Negara pada satu masa yang ditetapkan itu. Biarlah bukan hanya Malaysia, malah satu dunia bergegar dengan laungan azan ini, dan ini akan menampakan betapa rakyat Malaysia terutama pimpinan Dato’ Seri begitu berinisiatif dalam usaha ini.

Insyallah Dato’ Seri,
Usaha ini akan berhasil dengan izini Allah kerna Dato’ seri telah gerakan usaha secara fizikal dan teknologi, kini masa kita berdoa dan bertawakal. Malah kami juga sebagai rakyat Malaysia juga ingin menyumbangkan tenaga kami dalam usaha ini kerna kami jua begitu terkesan dengan isu ini.

Sehubungan dengan itu Dato Seri’, Luanglah masa hanya 1 jam atau kurang untuk program ini. Moga usaha kita semua akan menbuahkan hasil yang dalam merungkai kehilangan MH370 ini.

Rakyat Marhaen yang Prihatin,

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa