Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 14, 2014

MH370 - Pautan data, Transponder sengaja ditutup berasingan: Kenapa, Apa Yang Terjadi?

MH370: Pentagon percaya pautan data, transponder sengaja ditutup berasingan
The Malaysian Insider
Pentagon percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan, lapor ABC News, hari ini.
Menurut laporan itu, dua pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar.
“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC.
Transponder itu adalah peralatan yang menyampaikan lokasi dan altitud.
Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.
Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu.
Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur. - 14 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa