Di manakah laungan telus dan keterbukaan selama ini?
Gara-gara kritik MB Perak: Hamidah bakal dipecat dari Umno?
Gara-gara kritik MB Perak: Hamidah bakal dipecat dari Umno?
Ia adalah luahan rasa dirinya sendiri terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Zambry.
PETALING JAYA: Pengerusi TEKUN, Datuk Hamidah Osman (gambar) dijangka dipecat dari Umno kerana mengkritik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di laman sosial Facebook.
Umno Bahagian Gopeng telah menyerahkan laporan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung perkara tersebut.
Laporan tersebut dikemukakan melalui peruntukan Perlembagaan Fasal 20.5.
Mesyuarat khas semalam turut sebulat suara menyatakan Hamidah didapati melanggar tataetika parti di Perkara 3, Perkara 5.3 dan Perkara 7.1 Tataetika Parti.
Perkara 3 Tataetika Parti ialah Kesetiaan iaitu setiap ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan tataetika, mengikut perintah parti, patuh dan menghormati keputusan parti, menjaga rahsia parti dan memelihara nama baik dan maruah parti.
Perkara 5.3 Tataetika Parti iaitu penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan ahli Umno yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pemilihan parti.
Perkara 7.1 Tataetika Parti iaitu ahli parti dilarang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.
Mesyuarat juga menyarankan agar Lembaga Disiplin Umno agar mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno kerana menghina parti.
Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng sebelum ini secara terbuka mengkritik Zambry melalui laman Facebook beliau yang kemudiannya ditegur beberapa pemimpin Umno yang lain termasuk Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Bagaimanapun, Hamidah mempertahankan kenyataannya itu dengan menjelaskan bahawa apa yang dimuat naik itu adalah luahan rasa dirinya sendiri terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Zambry.
Hamidah bukan tak tahu yang pemimpin2 umno tu dewa/dewi yang maksum. Segala perbuatan mereka baik menyamun, rasuah, memfitnah dan akhlak buruk semuanya adalah baik belaka tidak seperti orang2 di luar umno.Dah berpuluh tahun dalam tong yang sama takkan Midah terlupa.
ReplyDelete