Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 18, 2014

MH370: Sukar bagi dunia memahami kelemahan pemimpin kita

01:30PM Mac 18 2014

KOMEN PEMBACA: Cara krisis ini diuruskan dengan bercelaru oleh pihak berkuasa wajar menimbulkan kerisauan rakyat Malaysia. Kelemajan kawalan keselamatan lapangan terbang kita menjadikannya sasaran (atau hab) anasir yang tidak diundang, dan menjadikan negara transit bagi kegiatan mereka.


Sehingga hari ini, masih tiada jawapan bagaimana dua penumpang dengan paspot curi boleh menaiki pesawat. Prosedur kerja wajar dinilai kembali. Kegagalan TUDM mengesan objek di ruang angkasa Malaysia menunjukkan mereka gagal menjalankan tugas yang mampu menyebabkan negara terancam. Ini satu pengkhianatan.

Kenyataan bercanggah yang dibuat semasa sidang akhbar oleh pihakberkuasa – DCA, Kementerian Pengangkutan, MAS dan PDRM – dan kebodohan menampal gambar warga Iran yang mereka pamer dengan bangga menjadikan Malaysia diketawakan oleh dunia. Tahap kebolehpercayaan, kebolehyakinan terhadap pemimpin negara telah jatuh ke tahap paling teruk.

Namun, mereka masih mampun tersenyum dan menunjukkan sikap “tidak kisah”, tidak sensitif dan angkuh.

Rakyat Malaysia sudah mangli dengan sifat tidak berperikemanusiaan pihak yang berkuasa ini, namun dunia jelas terperanjat dengannya. Apabila nyawa manusia di dalam bahaya, mereka diberi tanggungjawab bagi melaksanakan pengurusan krisis. Ia perlu dilakukan bagi pihak yang terbabit, negara serta rakyatnya. Mereka wajar ketepikan sikap tamak dan melebihkan kepentingan politik serta sifat ego bagi melakukan yang terbaik. Andai tidak mampu berbuat demikian, mereka bakal gagal. Langkah seterusnya ialah bagi memberi laluan kepada pihak yang lebih baik melaksanakan tanggungjawab itu. Mereka akan menjawab terhadap kegagalan mereka satu hari nanti. -- Conscience

Shamini Bhaskaran: Rakyat Malaysia (seperti saya) sedar tugas yang dipikul menteri pertahanan dan menteri dalam negeri amat berat – dengan pelbagai spekulasi yang dibuat termasuk Rancangan A: 9/11 China, Rancangan B: Rampasan warga Iran, Rancangan C: Pengganas Islam mahu melanggar A.S., Rancangan D: Tembakan tentera Korea Utara, Rancangan E: Kegagalan mekanikal/cuaca buruk/kesilapan juruterbang, Rancangan F: ....Rancangan G: Juruterbang bunuh diri kerana kecewa dengan hukuman penjara yang dijatuhi ke atas Anwar.

Namun, kebimbangan yang nyata ialah samada masa depan Malaysia di dalam bahaya kerana PM sekarang, Menteri Pertahanan atau Pengangkutan...adakah mereka hanya mempunyai kemahiran mengurus portfolio di dalam era ketenteraan elektronik masa kini?

Neela Palanisamy: Apa kena mengena krisis ini dengan mana-mana parti politik? Tak tahu bezakah? Tiada manusia, tiada politik!

Eagle Lee: Mereka ingat Malaysia dimiliki BN. Yang lain hanya pendatang.

Gnana Pillai Venugopalan: Ada yang benar-benar tidak kena di sini....tunggu perkembangan selanjutnya.

Komen ini berdasarkan artikel MH370 is the concern of all Malaysia and the world, not only BN!”
- sumber

1 comment:

  1. Apa nak diherankan kalau dah Ketua Negara ini sekalipun terpalit dengan kes pembunuhan dan rasuah peringkat tertinggi boleh ditutup dan dilenyapkan begitu sahaja dari siasatan dan penghakiman umum? Inikan pula sebuah kapal terbang yang jumlah penumpangnya hanya 239 orang?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa