Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 18, 2014

MH370: Kerana Simulator 'teori Diego Garcia' Menjadi Kukuh

Tohmahan terhadap Kapten Zaharie dah menjadi jelas!
Kesian dia dan keluarganya.......
Mohon kalau dia di pihak yang benar Allah perjelaskan dan akan terbukti 

Simulator penerbangan kapten Zahari kukuhkan 'teori Diego Garcia'
MISTERI menyelubungi kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) masuk ke episod mendebarkan apabila polis mula menumpukan siasatan terhadap juruterbang, pembantu juruterbang, krew serta penumpang pesawat Boeing 777-200ER itu.
Walaupun dikritik kerana lewat 8 hari daripada sepatutnya, carian dibuat polis di kediaman juruterbang pesawat terbabit,  Kapten Zaharie Ahmad Shah di sebuah kawasan perumahan eksklusif Shah Alam Sabtu lalu menemukan simulator penerbangan milik beliau.
Simulator itu kemudiannya dibawa ke Bukit Aman dan dipasang semula untuk siasatan. Sumber yang dipetik Berita Harian, hari ini mendedahkan perisian simulator milik Kapten Zaharie mengandungi lima landasan latihan, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS).
"Antara perisian yang diperiksa setakat ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber.
Siasatan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) itu cuba mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370. Penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.
Polis membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.
Rumah juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat terbabit digeledah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru.
Najib yang menafikan terdapat unsur rampasan berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
AS sebelum ini menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.
Peta menunjukkan lokasi Kepulauan Andaman dan Nocobar. Pesawat MH370 dipercayai terbang ke arah pulau berkenaan.
Bagaimanapun Daily Mirror dalam laporan 14 Mac lalu memetik sumber Reuter bahawa penyiasat mendapati pesawat itu terbang menghala ke arah Kepulauan Andaman yang terletak di Lautan Hindi di  baratdaya Malaysia.
Laporan Richard Hartley-Parkinson itu juga menyatakan bahawa maklumat dari radar penjejak milik tentera menunjukkan bahawa pesawat MH370 yang hilang dari radar “sengaja” diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke arah Pulau Andaman, sumber yang rapat dengan penyiasat memberitahu Reuter.
Dua sumber menyatakan sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai pesawat MH370, terbang melalui satu “laluan udara” yang lazim digunakan oleh pesawat dalam penerbangan ke Timur Tengah dan Eropah, telah dijejak dan dilakar (plot) oleh radar penjejak milik tentera itu. Maklumat seperti ini menunjukkan bahawa peswat berkenaan dipandu oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan.
Lakaran (plot) terakhir oleh radar penjejak berkenaan menunjukkan pesawat MH370 itu terbang ke arah pulau Andaman, salah sebuah pulau dari rangkaian beberapa buah pulau yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Benggala.
Laluan udara (waypoints) adalah lokasi geografi yang diwujudkan dengan mengira garisan membujur (longitude) dan garisan melintang (latitude) sebagai panduan kepada juruterbang untuk mengemudi pesawat di sepanjang 'koridor udara' yang dilalui.
Sumber ketiga yang juga rapat dengan penyiasatan memberitahu bahawa penyiasatan berpandukan teori bahwa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat “telah mengambilalih” pesawat dan mengubah haluan penerbangan ke suatu destinasi yang tidak diketahui.  
“Apa yang boleh kami nyatakan ialah kami  sedang menyiasat kemungkinan berlakunya sabotaj tanpa menafikan kemungkinan berlakunya rampasan pesawat,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis.  
Ketiga-tiga sumber meminta identiti mereka tidak didedahkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media dan demi melindungi sensitiviti penyiasatan. 
Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing. - sumber

5 comments:

  1. Tak kesahlah simulator ke ape ke kalau dah syak kt Diego Garcia,pegilah cari kt sana....ni dok provoke tk habis2 ......gov yg lembab cari kambing hitam memanjang....

    ReplyDelete
  2. Boleh jadi software itu ditambah selepas simulator dibawa keluar dari rumah Zaharie, agaknya begitulah. Dlm pasukan polis, tentu ada kacang hantu juga.

    ReplyDelete
  3. Macam kes tilam dulu juga agaknya

    ReplyDelete
  4. 11:04
    dan juga bukti dari dubur saifulaknatullah.

    ReplyDelete
  5. Dan juga macam org syak polis yg bakar kenderaan masa reformasi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa