Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 2, 2014

Pertandingan Azmin-Khalid: Kenapa Utusan Menyibuk?

Kalau pertandingan UMNO tu yelah jugak
Ini rumah tangga orang. 
Ape kene mengenenya dengan Utusan?
Kalau sibuk nak cari ruang buat fitnah, tak payahlah
Buat dosa kering yang bakal menghantui liang lahad ajer!

Utusan Malaysia persoal Anwar sokong Azmin atau Khalid?
Coretan kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memberi tumpuan kepada pemilihan parti PKR, dengan mempersoalkan pendirian ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya ada pertandingan di antara dua seteru politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.
"Persoalan lain, siapa yang Anwar akan sokong jika berlaku pertandingan antara Azmin dan Khalid? Jawapannya mudah, Anwar akan memihak kepada Azmin iaitu pemimpin PKR yang paling dipercayainya selain ikatan istimewa bagaikan keluarga.
"Apatah lagi rahsia Anwar cukup banyak di tangan beliau, yang sebahagian kisah sudah diperkatakan umum. Itu sahaja sudah cukup buat Anwar tak keruan," tulis ruang Awang Selamat, yang menyifatkan pengumumam Khalid dua hari lalu akhirnya menyerlahkan "suara panglimanya".
"Kekuatan saya sudah tentu pada 'track record' saya yang sangat jujur dan berdedikasi. Paling penting tujuan bertanding adalah untuk membawa pembaharuan," kata Khalid.Semalam, Khalid, yang juga menteri besar Selangor, berkata keputusan beliau bertanding untuk jawatan yang disandang Azmin itu adalah untuk membawa perubahan di dalam PKR, sambil menyifatkan dirinya mempunyai kelebihan di samping rekod kerja yang lebih meyakinkan.
Bagi Utusan Malaysia pula, keyakinan Khalid itu ada asasnya, dan peluang ini diperkuatkan lagi dengan sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin lain seperti Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Datuk Saifudin Nasution Ismail  dan Datuk Johari Abdul.
Akhbar itu membayangkan Khalid tidak akan melepaskan jawatan menteri besar untuk memberi laluan kepada Anwar jika ketua pembangkang itu menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini, sepertimana yang dirancang dalam apa yang disebut sebagai Rancangan Kajang.
Katanya, ini dikelirukan lagi dengan niat Wan Azizah yang mahu bersara daripada jawatan presiden.
"Sekiranya Anwar mahukan jawatan Presiden, Azmin kekal bertanding timbalan. Jika Anwar enggan bertanding, Azmin akan melangkah ke jawatan nombor satu.
"Tetapi bagaimana seandainya Anwar didapati bersalah dalam rayuan kes liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara? Apakah Azmin akan diberi laluan mudah menjadi presiden PKR tanpa Anwar di sisi?" soal Awang Selamat lagi.
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.
Azmin menjadi Timbalan Presiden PKR sejak 2010 dan tidak lama kemudian dilantik menjadi pengerusi PKR Selangor, menggantikan Khalid. – 2 Mac, 2014. - sumber

1 comment:

  1. Sokong Khalid.... ada orang tu sanggup bagi apa sahaja waima bini sendiri kepada orang yang dianggap penting.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa