Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 15, 2014

PRK Kajang: Khir Toyo Pecahkan Tembelang UMNO

Khir mengaku UMNO gagal memikat hati orang muda
Dan juga tidak digemari oleh yang berpelajaran
Itu sebabnya UMNO takutkan IPT dan kawasan yang dominen orang muda

UMNO hanya mengharapkan orang yang tidak berpelajaran, orang tua
Ada yang sakit dan ada yang dah meninggal


Jadi yang sokong UMNO itu golongan mana?
Dah tahukan?
Mahathir dah kata golongan mana yang menjadi penyokong UMNO!

Kak Wan akan menang besar di Kajang, kata Khir Toyo
Saya jangka undi Dr Wan Azizah akan bertambah kerana pengundi PKR tidak berubah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding atau tidak,
khir toyoPETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo meramalkan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail akan menang besar dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 21 Mac ini.
“Saya jangka undi Dr Wan Azizah akan bertambah kerana pengundi PKR tidak berubah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding atau tidak.
“Situasi sokongan pengundi Kajang juga tidak menyebelahi BN. Pengundi Umno adalah golongan tua ini bermakna ada yang sudah meninggal dunia atau pun sakit.
“Manakala orang masih memerhati MCA ekoran baru memilih pucuk pimpinan, Gerakan pula tidak banyak pengaruh,” katanya.
Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR tetapi turut dikenali dengan panggilan Kak Wan menghadapi Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun dalam sangan satu lawan satu di DUN Kajang.
Dr Mohd Khir juga mendakwa, kempen Umno masih lagi berkisar kepada penyokong mereka sahaja dan beliau mencadangkan supaya petugas parti itu.
“Mereka perlu keluar dari kepompong ini,” tegasnya.
Beliau juga menjelaskan sokongan orang muda tidak menyebelahi BN apatah Kajang ini mempunyai beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
“BN kena mendapatkan pengundi muda,” katanya lagi.
Bekas Pengerusi BN Selangor itu menambah, faktor-faktor nasional juga mempengaruhi pilihan raya kecil Kajang.

3 comments:

  1. Tk Dato Khir kerana tau mana yg benar Dan salah skg. Muga Allah menyangi Dato hingga selama2 nya

    ReplyDelete
  2. Tk Dato Khir kerana tau mana yg benar Dan salah skg. Muga Allah menyangi Dato hingga selama2 nya

    ReplyDelete
  3. Cis Datok.... kau pengkhianat
    Jgn cakap ja....
    Pi turun kat Kajang...
    Jgn pandai suruh org buat itu dan ini...
    Dotok tu sebenarnya dah tak laku dlm umno..sbb tu berani kata mcm tu..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa