Tapi apa pendapat yang lebih arif tentang isu ini
Apa pula kata para Mufti?
Adakah makhluk ini juga menghina Sultan dan Kerajaan Brunei?
Pelaksanaan hudud Brunei tidak mungkin ditiru di Malaysia, kata pensyarah
OLEH ABDAR RAHMAN KOYA
MARCH 02, 2014
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melaksanakan undang-undang hudud di negaranya bermula April
Hudud, atau hukuman jenayah serius mengikut undang-undang syariah, dihasilkan sarjana Islam masa lampau berdasarkan pemahaman mereka tentang Al-Quran dan hadis, maka "angkuh" seseorang jika mendakwa dirinya mendapat hidayah Tuhan dalam melaksanakan undang-undang itu, kata profesor perundangan.
Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, mempersoalkan dakwaan Sultan Brunei mendapat hidayah daripada Tuhan dalam mengumumkan pelaksanaan hudud di negara Islam itu, baru-baru ini.
Ketika bercakap mengenai topik itu di stesen radio swasta BFM, Azmi berkata:"Bagi saya, ia adalah hidayah daripada segelintir sarjana Islam pada masa lampau, dan adalah sedikit angkuh untuk mengaku menerima hidayah daripada Tuhan.
Tahun lalu, Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemerintah mutlak negara kecil yang kaya dengan hasil minyak itu, berkata menerusi pengenalan hudud ke dalam sistem perundangan, "akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah"."Ia (hudud) adalah kebanyakannya ciptaan manusia, dan diilhamkan beberapa prinsip yang menurut mereka harus dicerminkan dengan cara ini, tapi ia terbuka kepada perdebatan," katanya ketika ditemuramah oleh stesen itu, semalam.
Mulai April depan, Brunei akan secara beransur-ansur menginstitusikan hukuman seperti sebatan, memotong anggota badan dan merejam, susulan daripada kebenaran untuk Kod Penal Syariah yang baru.
Lazimnya rakyat Brunei tidak mempersoalkan arahan istana, namun beberapa suara kritikan meresap ke dalam media sosial mengkritik usaha ke arah melaksanakan hudud, dan ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.
"Mereka tidak boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pada April,” kata pemerintah berusia 67 tahun itu, menurut salinan ucapan yang diterbitkan media kerajaan.
Usaha Brunei itu bagaimanapun mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada kalangan PAS.
Disember lalu, kurang dua bulan selepas pengumuman Sultan Brunei itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengetuai delegasi Kelantan yang dianggotai beberapa pemimpin kanan negeri itu ke Bandar Seri Begawan, bagi menyampaikan ucapan tahniah atas keputusan raja Brunei itu.
Delegasi berkenaan turut diberi taklimat oleh pelbagai pihak berkuasa agama di Brunei mengenai pelaksanaan hudud, iaitu sesuatu yang mencetuskan perdebatan sepanjang dua dekad sejak kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS memberi lampu hijau untuk enakmen hudud.
Azmi, bagaimanapun, berkata Brunei merupakan pemerintahan beraja mutlak yang berbeza dengan Malaysia menyebabkan sebarang langkah ke arah hudud di Malaysia seharusnya diperdebatkan, selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkannya.
"Kenyataan bahawa ia sebuah pemerintahan beraja mutlak bermaksud pemerintahnya boleh memaksa kehendaknya dengan lebih mudah," katanya, sambil membidas segelintir ulama di Malaysia yang cuba menghalang perdebatan dalam perkara melibatkan Islam di negara ini.
Azmi, yang tidak setuju dengan tuntutan bagi pelaksanaan hudud, berkata sistem perundangan hudud juga bakal terdedah kepada salah guna kuasa seperti sistem lain, cuma bezanya ialah ia akan dilakukan atas nama agama.
"Sikap munafik dalam sebarang sistem perundangan adalah sesuatu yang buruk. Tetapi apabila ada sebuah sistem perundangan yang kononnya dibina atas asas agama, sikap munafik ini menjengkelkan.
"Kita harus berterus terang, mereka yang kaya dan berkuasa, golongan ini tidak akan terikat dengan perkara seumpama ini. Yang akan kena adalah rakyat biasa," katanya.
Azmi berkata, adalah mundur untuk menggunakan pendekatan hudud dalam menangani isu jenayah, dan semua orang berhak berhujah mengenainya, termasuk bukan Islam.
"Brunei bukan sebuah demokrasi, tetapi kita, secara teorinya, masih negara demokrasi. Justeru apa-apa tuntutan untuk mengubah sistem perundangan mesti dilakukan di lapangan awam. Ia mesti dilakukan secara bebas dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap mengenainya.
"Kalau anda hendak memperkenalkan hudud, teruskan. Sekiranya itu yang memuaskan diri anda, bercakaplah mengenainya, berkempenlah, itu hak anda. Tetapi mereka yang tidak setuju, sama ada Islam atau bukan Islam, juga punya hak untuk memberikan pandangan. Kita harus berbincang dengan penuh terbuka,” katanya. - 2 Mac, 2014.
S U R A T A L - M A A I D A H
ReplyDelete5:50. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?
undang-undang ciptaan manusia tu elok sangat ke
tidak ada ke orang yang terlepas dari undang undang ciptaan mansuia selama ini ?
orang yang yakin dengan hukum Allah tidak sama dengan orang yang tidak yakin
Allah bagi menumpang hidup atas bumi ini sekejap aja pun masih nak sombong lagi
dalam Quran dah terang tentang hudud. mereka yg menentang hukum hudud bermaksud menentang hukum Allah. mereka yg menentang hukum Allah dan memperlecehkannya.... adakah masih bergelar umat Muhammad?
ReplyDeleteseekor lagi prof. kangkung kata org munafik konon. Kau ingat laksanakan hukum Allah tu ikut suka engkau, suka atau tidak wajib laksanakan. Kalau tidak lebih baik jgn mengaku Islamlah.
ReplyDeleteIslam tidak rosak tetapi penganut Islam itu yg ramai sesat. Islam tetap maju kehadapan hingga hari kiamat. Siapalah kita nak persoalkan hukum Allah sedangkan kita ini Allah ciptakan.
Puak2 munafik ni sejak zaman nabi hinggalah akhir zaman perangainya tetap sama. Semoga kita tidak tergolong didalam golongan munafik, nauzubillah................
As salam admin ..
ReplyDeleteapa yang menarik hari ini:
Apabila Kassim Ahmad masuk hospital ~ pen buruk online ™
TOP 30 ranking alexa blog PR vs Blog BN : 1 MAC 2014 ~ pen buruk online ™
semoga bermanfaat
Lagi sekok geng Kassim muncul.
ReplyDeleteKamu menilaikan takrifan hukum hudud itu mengikut fikiran yang sedikit sahaja (ibarat setitik air dengan luasnya air lautan) yang Allah berikan, lantaran itu kamu sudah berlagak sombong dan arif. Sungguh rugilah kamu dijadikan Allah dimuka bumi ini. Kamu tahu kan dimana perginya orang2 rugi di akhirat nanti?
ReplyDeletesepecis murtaddin
ReplyDeleteNampaknya ramai betul makhluk2 dari gulongan manusia melayu yang berlumba2 nak terjun ke dalam api neraka.
ReplyDelete