Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 8, 2014

Jerung 
tidak akan terlepas: Adakah Kata Akan Terkota?

Jerung, pemilik kebun haram 
tidak akan terlepas
08 Disember 2014 1:58 AM

CAMERON HIGHLANDS 7 Dis. – Para pengusaha dan pemilik kebun haram di daerah ini tidak akan terlepas begitu sahaja kerana siasatan dan kerja pengumpulan bukti masih dilakukan oleh polis dan Pejabat Peguam Negara.

Difahamkan, meskipun memakan sedikit masa, usaha menahan dan membawa pihak berkenaan termasuk ‘jerung-jerung’ ke muka pengadilan akan dilakukan selepas pihak terbabit selesai mengumpulkan semua bukti yang ada.

Komander Operasi Bersepadu Cameron Highlands, Asisten Komisioner Mohd. Shaharuddin Baharom berkata, meskipun pihaknya tidak terbabit dalam aspek perundangan, setiap operasi yang dilakukan disertai bersama wakil daripada Pejabat Peguam Negara dan polis yang giat mengumpul bukti.

“Operasi membersihkan kebun-kebun haram yang kami lakukan hanya dimulakan selepas wakil Pejabat Peguam Negara dan juga polis selesai mengambil bahan bukti dan juga gambar yang membuktikan adanya aktiviti penerokaan haram itu.

“Jadi setelah mendapat pengesahan pejabat tanah dan juga pihak polis serta wakil Pejabat Peguam Negara berpuas hati dengan bahan bukti dan sebagainya yang dikumpul, barulah kami akan memulakan operasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke kawasan penerokaan haram di Blue Valley di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Semalam Mingguan Malaysia melaporkan Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan secara menyeluruh dalam menangani isu pencerobohan tanah dan ladang di Cameron Higlands dan tidak hanya menumpukan kepada usa-ha menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, selain merobohkan struktur binaan, tindakan tegas mengikut undang-undang juga patut diambil terhadap pengusaha yang menggaji PATI di ladang mereka.

Ditanya sama ada para pemilik yang didapati mengusahakan kebun-kebun haram akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, beliau berkata, mereka tidak akan terlepas sekiranya terbukti bersalah.

“Perbuatan jenayah adalah salah di sisi undang-undang dan mereka yang melakukan tidak akan terlepas tetapi sejauh mana pendakwaan bergantung kepada Pejabat Peguam Negara dan juga pihak polis nanti,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Shaharuddin, operasi bersepadu melibatkan 16 agensi yang dilakukan sejak empat hari lalu di Blue Valley berjalan dengan lancar dan pihaknya juga tidak menerima ancaman daripada mana-mana pihak.

Katanya, operasi juga dijalankan mengikut prosedur ditetapkan dan pihaknya memberi keutamaan terhadap keselamatan petugas-petugas terbabit.

“Operasi yang dilakukan tidak dibuat sewenang-wenangnya dan perlu mendapat pengesahan daripada pejabat tanah selain mendapat nasihat dan kerjasama pihak lain seperti Pejabat Peguam Negara dan polis.

“Terdapat juga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Alam Sekitar bagi memantau pergerakan dan kita ada matlamat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab,’’ ujarnya. - sumber

2 comments:

  1. Mamak , itu wayang sudah habis kah ????

    Kasi teh tarek satu mari OK !!!

    ReplyDelete
  2. Istilah orang sekarang 'kencing deras'. Jika yg terlibat itu didalangi oleh pihak PR, gerenti 100% sudah lama tindakan undang2 dilaksanakan. Lihat shj isu memberi jadi pengenalan kpd pendatang di Sabah dan isu memberikan permit kerja pengawal keselamatan yg menembak mati pekerja Ambank, apa hasilnya? Begitu juga dgn isu penyelewengan Perwaja Steel, PKFZ dan banyak lagi, buat buang masa shj akhirnya habuk pun tarak! Malaun2 itu sudah pasti geng mereka, tentu akan terlepas begitu shj. Ada sesiapakah yg berani bertaruh?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa