Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 27, 2014

Kerana cakap ikut sedap mulut, korang baca apa kata penulis bukan muslim

Macam mana agaknya mau paut hati bukan Muslim dengan cara berhikmah?
Kalau harapkan puak-puak ni hancuss!

Mampukah hudud selamatkan Kelantan daripada banjir?
K Kabilan07:00PM Dis 27 2014

SEKILAS PANDANG: Amat membimbangkan apabila ahli politik mengaitkan bencana alam sebagai cara Tuhan menyampaikan pesanan yang menyebelahi agenda tertentu mereka.
Dengan lebih 100,000 mangsa banjir terpaksa berpindah setakat ini, ahli politik kita sering bertindak tidak sewajarnya.
Perhatikan apa yang diutarakan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh. Walaupun diharap menunjukkan kepimpinan dengan membantu mangsa banjir di tanah kelahirannya, Nik Abduh berkata banjir adalah petanda kemarahan Allah.
Kemudian, beliau berkata mesej politik di dalam bencana ini ialah bagi kerajaan PAS Kelantan meneruskan agenda hudud di negeri tersebut, walaupun ditentang ramai. 
Nik Mohamad, yang juga anak Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis pendapatnya di laman Facebook agar umat Islam kembali ke jalan Allah.
“Ini peringatan kepada umat Islam agar kembali ke jalan Allah dan menjauhi kemurkaanNya.”
“Kerajaan Kelantan perlu meneruskan agenda hukum hudud,” katanya lagi.
[Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud.]
Perlukah kita terima bulat-bulat apa yang dicoret ahli politik ini? Mengapa mereka berpendapat kita boleh dipermainkan? Adakah kita semua budak-budak mentah?
Pada masa kerajaan pusat, pihak berkuasa dan NGO sedang berusaha gigih memastikan mangsa banjir selamat dan bekalan kepada mereka mencukupi, Nik Abduh mahu mempolitikkan bencana alam yang berlaku setiap tahun di Pantai Timur itu.
Bukan masanya beliau membuat kenyataan berbaur politik pada masa ini, pada masa sidang khas berkenaan hudud akan dilaksanakan pada Isnin ini (telah ditangguh) bagi meluluskan Pindaan ke atas Enakmen II Kanun Jenayah Syariah Islam Kelantan.
Apabila diluluskan, PAS kemudian merancang membentangkan Rang Undang-Undang persendirian bagi meminda Perlembagaan Persekutuan. Jika dibenarkan, negeri Kelantan bakal melaksanakan undang-undang tersebut.
Ini ditentang keras DAP di mana perang mulut tercetus di antara pemimpin kedua-dua pihak. Bahkan ia diberitakan mampu membawa kepada kemusnahan gabungan Pakatan Rakyat sendiri.
Pada masa Nik Abduh merasakan bencana yang menimpa disebabkan kemurkaan Tuhan, mungkin juga ia petanda bahawa rancangan melaksanakan huduh perlu ditangguhkan.
Pada hari Khamis The Malay Mail Online memetik Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat banjir besar yang melanda mungkin menyaksikan kerajaan menukar tarikh sidang khas yang dirancang.
Bahkan katanya, dewan undangan negeri Kelantan terkesan akibat banjir.
“Kita tunggu dan lihat,” katanya.
Jadi helah Nik Mohamad Abduh kini terdedah. Kalau mengikut caranya, adakah masalah banjir dapat dielakkan?
Mahukah beliau bertaruh bahawa banjir tetap akan menimpa negeri Kelantan walaupun hudud dijalankan? Adakah Allah tetap murka? Mengapa pula?
Masa sudah tiba bagi ahli politik sepertinya mengenepikan sentimen agama dan turun padang menyelesaikan masalah yang menimpa rakyat. Hudud boleh dilakukan di lain masa.

6 comments:

  1. Mamat ni memang selalu memberikan komen2 yg tdk matang & tdk wajar yg sepatutnya perlu bersesuaian dgn jawatan kpd jajahan yg dia wakili.Jadi keliru apa yg membolehkan orang yg berfikiran dgn ciri2 sedemikian dapat dipilih menduduki kerusi Ahli Parlimen..

    ReplyDelete
  2. Itu sebab orang orang Islam perlu mewaras kan diri untuk sholat , juga dalam memilih pemimpin.

    Orang yang tidak waras akan buat keputusan bodoh ; ini akibat memilih orang bahalol jadi pemimpin.

    Islam tidak mengajar umat umat nya memilih orang bahalol sebagai pemimpin.

    Pemimpin bahalol dengan otak tahap gred 3 akan hanya menjauh kan dakwah serta minat bukan Islam ter hadap Islam.

    Lebih sedih lagi , bebudak bahalol hanya pandai makan gaji buta dari menambah nilai ekonomi diri mereka , maupun kerajaan negeri.

    Muka2 bahalol sama saja...

    ReplyDelete
  3. Orang pertama yg patut dihukum hudud ialah nik amar dan nik abduh... Jenis manusia bertopengkan agama... Kopiah atas kepala tu cuma utk ternak anak bini... Belum boleh d contohi seperti saidina umar.. Jenis ni tumbuh hasil lebih 20 tahun pas memerentah... Kesian nik aziz ni le hasil tarbiahnya...ilmu agama yg ada tetapi praktiknya belum tentu... Kat org semua nak kna buat... Anak sendiri belum tentu tedidik lg....

    ReplyDelete
  4. Ingatkan umngook saja ada laluan karpet merah politik, rupanya pas pon ader.

    ReplyDelete
  5. Doa nik ajis mana, tak makbul lagi ke? Ahu uhu hu hu doot

    ReplyDelete
  6. Biarkan dia bercakap hak dan amanah nya sebagai pemimpin Islam. Kita yang beri dia kuasa dan kita yang pilih dia. Tak salah pun dia berkata begitu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa