Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 25, 2014

Entahlah...... Soalan Penulis Ini Wajar Atau Tidak

Hudud: hukum Tuhan atau politik
December 25, 2014
Isnin depan, draf enakmen Hudud akan dibentangkan di DUN Kelantan. Kita boleh persoal dan pertikai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah selaku pengerusi teknikal enakmen ini.
hudud-rakyat-malaysia_300ADA sebaris lirik lagu yang lebih kurang begini: ”putus tidak bersambung, kusut tidak terurai…kita tempuh segala rintangan, kecundang juga akhirnya.” Ini cereka hujung tahun. Barangkali. Entah. Atau, ya. Inikah yang sedang dihadapi Pakatan Rakyat tatkala ini; antara PAS dan DAP, pasangan yang dikatakan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, dengan ibarat suami-isteri yang bergaduh dan bergaduh, kemudian dapat anak.
Kalau dapat anak, baguslah. Kalau dapat lebam-lebam dan patah segala tulang, atau pecah tempurung kepala, apa mahu dijawab? Atau salah satunya akan mengalah dan mengaku kalah lalu membuat pusingan U, maka tamatlah segala babak yang penuh intrig, drama pertelingkahan. Maka, sekalian khalayak yang menonton pun menarik nafas lega, sedang ada pula marah-marah dan membentak.
Rasa marah dan kurang senang
Pertanyaan, permainan apakah yang dihidangkan kepada kita perihal pengenalan hukum Hudud. Oh ya, mungkin pertanyaan ini mencetuskan rasa marah dan kurang senang. Sama ada daripada yang menyokong, juga menentang. Itulah hakikat bahawa manusia saling berbeda, dicipta dengan kelainan masing-masing menjadikan ia amat unik, dan istimewa.
Marah atau kurang senang? Itulah hakikat kita sebagai manusia, kekadang bermain emosi atau mabuk emosi apabila memberi reaksi terhadap sesuatu isu atau hal. Kata-kata marah terutama di media sosial begitu fasih dan lancar. Maka tertolak ke tepi juga segala nilai baik dan budi yang ada dalam diri kita. Sebab itu, kita akan menjadi lebih binatang daripada binatang.
Demikian juga apabila Hudud secara tetiba meledak menjadi sensasi selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara berterus-terang menolak undang-undang ini. Perlukah kita marah-marah dengan orang politik ini, sedangkan umum ketahui apakah pendiriannya. Rasanya, sia-sia sahaja kita mahu melenting atau mengecamnya. Apatah lagi jika darjah kemarahan kita menjadi penyakit kepada kita. Juga, bukankah amarah itu perihal tabiat yang dipengaruhi oleh syaitan.
Banyak pandangan, kritikan malah serangan, kecaman dan pembantaian sehingga ke tahap terjahan peribadi. Maka, matangkah kita? Di sini, kita dapat lihat kata-kata bagaikan longgokan sampah yang busuk dihumban dan ditimbuskan ke atas PAS, yang dilihat sebagai menyongsang arus dan berjalan ke belakang daripada peradapan manusia kerana memperkenalkan hukum Hudud.
Kita suka bercakap, gemar mengulas, mengenai sesuatu isu atau perkara tanpa ilmu, maka kita cenderung menggunakan emosi dan bercakap tanpa hujah dan dalil. Maka, paling mudah kita akan mengatakan, ”bododnya si polan itu menulis, atau bangangnya tulisan si polan itu.” Alangkah daifnya sikap orang yang sebegini. Wajar juga untuk kita kasihani orang yang begini, sebenarnya. Itu belum lagi semasa kita dipertanggungjawabkan di depan Maha Pencipta pada hari pengadilan kelak untuk setiap huruf yang kita tulis, catat atau taip; itu bagi orang Islamlah.
Hodoh dan jelek
Bercakap tanpa ilmu juga memaparkan betapa jahilnya kita, tatkala kita sedang beranggapan betapa hebatnya kita pada ketika itu, atau seperti kita memberitahu orang lain bahawa kitalah yang paling tampan atau cantik, sedang orang memandang kita sebagai makhluk yang hodoh dan jelek, juga menjengkelkan. Sebagaimana tulisan ini juga akan dipandang dan dibaca dengan penuh rasa jengkel. Nanti dulu, kawal amarah kalian agar kalian tidak dibakar oleh kemarahan kalian sendiri.
Pada masa sekarang, dan untuk beberapa ketika kita sudah mendapat watak antagonis iaitu PAS, PAS Kelantan, Menteri Besar Kelantan dan juga Timbalannya. Sekurang-kurangnya sudah ada punching bag untuk kita melepaskan rasa jelek. Maka, lepaskan sekuat dan sepuas hati.
Tapi sebenarnya, perkara yang membimbangkan apabila kita bercakap tidak menggunakan ilmu dan menjadikan akal sebagai sumber kita bercakap, kita berlagak pandai dan bijak mengalahkan segala orang yang lain, bahawa kita adalah benar dan betul. Maka, jadilah kita memesongkan orang lain, kita memberikan sesuatu yang tidak benar sebagai betul.
Tinggal beberapa hari lagi, yakni Isnin depan, draf enakmen Hudud akan dibentangkan di DUN Kelantan, dan pada hari itu kita boleh mendapatkan drafnya untuk dibedah, atau ditumbuk atau dilenyek sampai lumat, jika itu yang kita mahu ke atas usaha kerajaan negeri. Kita boleh persoal dan pertikai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah selaku pengerusi teknikal enakmen ini.
Keprihatinan orang Malaysia
Banyak yang dicetuskan dalam pertelagahan berhubung pengenalan Hudud ini, terutamanya daripada kalangan bukan Islam. Tabik kepada mereka yang begitu prihatin dan bersusah payah mengeluarkan buah fikiran mengulas atau mengomen. Hanya orang yang rajin luar biasa sahaja yang mahu peduli. Ya, ini juga salah satu versi keprihatinan orang Malaysia. Tidak ternafi, terutamanya ia membabitkan soal kehidupan dalam negara, kenegaraan dan ketamadunan.
Ya, banyak yang diluahkan adalah kebimbangan dan ketakutan, kefobian yang mungkin berasas, juga tanpa asas. Rasanya, PAS dan kerajaan Kelantan perlu ambil tahu dan peduli akan hal sebegini kerana perasaan-perasaan ini seperti suatu penyakit yang menular ke dalam diri dan kepada umum bagaikan wabak.
Ia juga tidak ada ubatnya, kerana membabitkan soal hati. Sebab itu, kita selalu bercakap hal hidayah, seperti, hidayah daripada Allah yang menyebabkan seseorang menerima Islam, sebagai agamanya, dan sebagai cara hidup atau ad-din.
Maka, kita akan lihatlah nanti para penjenayah kalangan orang Islam di Kelantan akan kudung tangan, direjam dengan batu, atau dilibas dengan rotan, maka ramailah orang cacat dan terencat di Kelantan.
Sedihkan, apabila yang cacat itu orang Islam, tatkala penjenayah bukan Islam atas kesalahan yang sama boleh menikmati hidangan di penjara dan tinggal dalam bilik dan kediaman khas bernama penjara. Rasanya tidak menjadi isu jika kita yang menanggung makan tidur mereka di penjara daripada wang cukai pendapatan, GST dan saman atau denda. Oh ya, jangan lupa sumbangan kantung terbesar kerajaan, Petronas.
Nanti, kita akan tahu bila melihat seseorang itu kudung tangan dan berasal dari Kelantan atau pernah tinggal di Kelantan, maka orang itu pernah mencuri atau merompak, atau jika disebat di khalayak ramai, maka si polan itu didapati bersalah kerana berselingkuh. Tapi jangan takut, kulit si kena sebat tidak berbirat kerana hukuman sebat dalam Islam tidak boleh mendatangkan kecederaan seperti dalam undang-undang common.
Niat dan nawaitu
Banyak cakap-cakap yang berdegar, kekadang lucu, acapkali berdesing dan tidak kurang semacam patetik, atau terasa menjadi bebal. Kita boleh bagi apa juga alasan sebab itu memang hak kita untuk bersuara, apatah lagi perlembagaan dan undang-undang negara kita membawa falsafah dan keutamaan hak asasi manusia.
Atas hak asasi juga kita menulis dan atas prinsip yang sama juga kita boleh menolak untuk tidak membaca. Tetapi sebenarnya, apabila bergelumang dalam isu ini terasa ia semakin ruwet dan kusut kerana pelbagai kata yang cuba dijadikan hujah dan dalil dihidangkan.
Beberapa hari ini tercetus pula isu apakah tujuan sebenar PAS memperkenalkan Hudud. Sebenar-benarnya apa. Perjuangan parti atau kempen politik? Niat? Apakah nawaitu? Ini suatu persoalan dan jawapan yang boleh diperkatakan, diperdebatkan secara panjang lebar, jika kita mahu untuk terus berperang kata-kata.
Ramai yang mengatakan, ia atas sebab politik. Politik untuk menang pilihan raya, politik untuk doktrin kepartian, atau apa juga kemungkinan asbab politik. Hakikatnya di Malaysia banyak isu dan geruh disebabkan politik, oleh politik, orang politik dan mempolitikkan segala-galanya.
Sebagai seorang Islam, kita dituntut meletakkan niat di depan setiap perbuatan, tindakan dan pekerjaan. Jika niat kerana Maha Kuasa, atau semata-mata duniawi, kita akan dapat apa yang kita niatkan. Jika ini soal ibadah dan amal, kita dapat keberuntungannya, kelak.
Andainya ia tidak berjaya sekalipun, maka bersenang hati dan berlapang dada kerana ia mungkin penangguhan,atau mungkin ada gantinya yang lebih baik; ya, mungkin ganti masa yang paling sesuai, tatkala itu kita diperlihatkan keindahan dan kecantikan sebenar daripada cacatnya si maling yang dikerat tangannya. Ya, siapa tahu.
Oh ya, sebelum terlupa. Selamat menyambut Hari Natal, kepada keluarga, sahabat-taulan, rakan dan teman, penganut Kristian, dan selamat bercuti rakyat Malaysia.

7 comments:

  1. "kulit si kena sebat tidak berbirat kerana hukuman sebat dalam Islam tidak boleh mendatangkan kecederaan seperti dalam undang-undang common". Usahkan seratus kali, kalau kena 3 kali sebat walaupun diletak buku dicelah ketiak sekalipun pastinya meraung kesakitan. Kalau nak menunjukkan pemahaman medium sekalipun jangan sampai menipu (komen bukan untuk Admin - tapi untuk penulis yang kononnya faham Hudud).

    ReplyDelete
  2. Bertahun sudah PAS jaga Kelantan dan masa Nik Aziz yang bijak pun tak sibuk sibuk nak Hudud.

    Waktu rakyat keadaan papa miskin nak jatuh kan lahanat BN , baru pulsk bebudak bahalol Gred 3 dalam PAS sibuk dgn Hudud.


    Lahanat2 ini permainan Hudud untuk menang politik. Kepala otak punye orang , tuntutan Allah di buat msin setelah gagsl jaja jaja ayat ayat Agama tuk menang undi.

    Bahalol sungguh orsng ysng di sangka kuat agama tetapi jahil hati.

    Masya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abu Ali Mengulas !

      Tuan punya Hudud ialah Allah Yang Maha dlm pengertian yg
      Maha Luas.

      Yg mengila - gila dan tergesa gesa tanpa pertimbangan akal waras oleh puak UG Pas.

      Aku tidak pernah mengikhtiraf ustaz2 pas / umno ke sebagai ulama.

      Aku ada hujjah-secara jujur aku katakan tiada terdapat apajua kitab utk dijadikan rujukan hasil karangan dari mereka yg bergelar ustaz diMalaysia .

      Tidak kah mereka ini merasa malu dgn Angkat Bakul Masuk Sendiri dgn memperbodoh melayu - menggelar diri sebagai ulama.

      Jgn peralat jubah n serban untuk digelar dan angkar sebagai ulama.

      Lulusan Agama, berbicara lembut belum membolehkan mereka bergelar ulama.

      Aku pernah difahamkan oleh puak syiah di Iran .Utk bergelar ustaz atau hujatul islam bukan semudah yg kita fahami.
      Walaupun puak syiah tamat pengajian agama , mereka akan menyiasat latar belakang ibu/bapa - datuk/nenek utk memastikan dari keluarga yg baik . Akhirnya gelaran ustaz atau hujatul islam dikurniakan dan berhak untuk memakai serban dan jubah.
      Ini sekadar perbandingan utk dijadi itibar utk berfikir.



      Delete
    2. Salam, cuba fikir? kalau PAS nak menang undi takkanlah buat undang 2 hudud sedangkan ramai yang tak setuju. Baik PAS tak bentangkan hudud lagi byk boleh tarik pengundi tapi ini hukum Allah. Pasti ada tentangan.. Jgn menghina sesuka hati kata orang bahalol. Hormati pengundi Pas di Kelantan, mereka yang mengundi Pas dan mampu bentuk kerajaan jadi memang mereka berhak.

      Delete
  3. Negeri di ambang Hudud...ramai ulama kununnya...pejuang Islam, Serambi Mekah.. Tapi bencana sentiasa. Teringat Burma 20 tahun dulu, sama. Apa Nik Amar terlupa kot nak hantar report kat tuhan. Jadi tuhan tak sempat nak hentikan semua tu. pikir2kanlah. Hududkan Nik Amar dulu...

    ReplyDelete
  4. kenapa lak kita yg bersungguh kritik..diorang nak buatla..kita sibuk2 buat apa?kalah ke takde undi ke..lantakla..kiat susah apa DAP PKR kan dah kuat..PAS kan jenis tak dipercayai..tp tetiba kita yg susah hati..

    ReplyDelete
  5. Insya ALlah , Allah akan bantu sekiranya benar2 ingin menegakkan hukum Allah. Tiada parti yg sanggup berjuang melaksanakan hudud kecuali PAS. Jika tidak menyokong dibimbangi termasuk kelompok iblis dan syaitan yg terus menerus membantah dan ingkar perintah Tuhan. Mohon dijauhi dari termasuk dlm kelompok tersebut.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa