Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 21, 2014

Yang Penting Mampukah Mereka Berbaik?

Walau pun dalam politik tidak ada perkara yang mustahil tetapi adakah mereka akan duduk semeja?

Anwar mampu selamatkan Najib daripada digulingkan Dr Mahathir 
Published: 21 December 2014

Tidak kelihatan tanda-tanda Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghentikan serangannya terhadap  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lihat sahaja hulubalang-hulubalang Dr Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Ibrahim Ali, Datuk A Kadir Jasin dan Tan Sri Zainuddin Maidin, semuanya semakin agresif menyerang presiden Umno itu.
Terbaru bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid‎ Abdul Rahman yang menggunakan platform Perkasa menggesa Najib agar berhenti menipu rakyat.
Serangan daripada Umno juga sudah bermula. Daripada pemimpin bahagian sehingga ke pemimpin cawangan.
Walaupun serangan daripada Umno ‎masih di tahap "benih", tidak mustahil ia akan berakar dan menyebabkan Najib tersingkir.
Pada masa sama hanya dua tiga kerat pemimpin tertinggi Umno yang berani mempertahankan Najib secara terbuka.
Yang lain semuanya mengambil sikap "tunggu dan lihat."
Keadaan Najib kini sama seperti ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi‎ diserang Dr Mahathir dahulu.
Melihat kepada sejarah Dr Mahathir, beliau tidak akan berhenti selagi objektifnya tidak tercapai.
Dan objektif Dr Mahathir pada ketika ini adalah Najib perlu berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Bantuan Anwar
Sekiranya mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Dr Mahathir akan bertambah marah kepada Najib.
Bagi yang memahami politik antarabangsa, kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini agar Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangan melalui kes Anwar merupakan isyarat jelas ketua umum PKR itu akan dibebaskan.
Apatah lagi pentadbiran Najib mengambil pendirian untuk bernaung di bawah kekuasaan AS.
Jangan kita lupa Presiden Barack Obama sendiri sudah datang Malaysia‎ baru-baru ini. Tidak mungkin Najib akan mengecewakan Obama.
Tulisan Biden di Twitter tentang Akta Hasutan di Malaysia dan kes Anwar tidak akan dilakukan tanpa restu presiden kulit hitam pertama AS itu.
‎Sekiranya Anwar bebas, beliau sudah tentu akan terhutang budi dengan Najib.
Dan Anwar merupakan satu-satunya musuh yang masih gagal "dibunuh" secara politik oleh Dr Mahathir dan mampu bertarung dengan bekas mentornya itu.
Jika Najib berani bekerjasama dengan Anwar, bekas timbalan perdana menteri itu merupakan benteng terbaiknya daripada serangan Dr Mahathir.
‎Anwar juga pada ketika ini tidak boleh lagi mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai ‎kenderaan politiknya untuk menawan Putrajaya.
Perbalahan PAS dan DAP hanya menunggu masa sebelum mengulangi sejarah Barisan Alternatif pada 2001.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah mendedahkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha memancing parti Islam itu untuk bekerjasama.
Sebelum Muhyiddin berjaya mendapatkan PAS, lebih baik Najib dan Anwar hidupkan kembali Konsensus Nasional yang tergendala.
Lagipun, oleh kerana musuh utama kepada Najib kini adalah Dr Mahathir, Anwar harus berkawan dengannya. -- 21 Disember, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

4 comments:

  1. setuju DSAI bantu Najib lawan mamak kutti pengkhianat pada bangsa & agama ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  2. Satu lahanat dajjal , lagi satu budak miskin kampong datang bawa berita baik kebenaran.

    Mana mungjin lahanat perompak rakyat mahu duduk terima berita kebenaran ????

    Kalau lahanat terima berita kebenaran , jadi miskin lah dia dan duduk dalam sangkar bagai di Sepilok.

    Mamak tetap pandai , dan si Bahalol tetap bahalol semua akibat hidup menongkat langit.

    ReplyDelete
  3. Jlnnya panjang & berliku2..

    Tidak sia2 kesah Musa as dgn FIRAUN yg bnyk kali diulang2 ddlm Quran..

    Musa as ingin BEBASkan umat bani Israel drp belengu kezaliman FIRAUN..

    Kita diMalaysia juga TERBELENGU dgn sgl kekejaman PENINDASAN zalim legasi siKutty FIRAUN dr Kerala itu..

    Hanya tinggal satu..
    hanya yg'satu' itu shj NAMPAKnya yg mampu utk TUMBANGkan siKutty FIRAUN dr Kerala itu..

    Dan..
    Jgn lupa kemana HALA tuju sembunyi siFAKEH2 fitnah pilkuda walBARUA yg sememangnya INTIM dgn siKutty dr Kerala itu..

    kita sama2 tunggu prlawanan AKHIR itu dimana RAKYAT sgt2 mngharapkan Anwar akhirnya dpt mmbebaskan kita SEMUA drp perHAMBAan kezaliman pnidasan & ikatan drp sgl belengu..

    ReplyDelete
  4. Abe

    Adalah tindakan bodoh Anwar membantu Najib sebagai balasan mahkamah pers3kutuan m3mbebaskan Anwar dalam kes liwat 2. Jika Anwar menerima syarat ini maknanya Anwar mengakui yang dia lowat si saiful. Najib tidak mempunyai kuasa dibawah perlembagaan untuk men3ntukan keputusan mahkamah. Jika dia buat maknanya dia melanggar perlembagaan.

    K3dua, Anwar kenal sangat perangai Najib. Melepaskan Naj8b dari masaalah sama seperti m3lepas anjing yang tersepit. Najib tidak akan berkelip mata untuk makan balik orang yang melepaskan t3ngoknya yang tersepit apabila dia rasa sudah selamat. Banyak sangat contoh-contoh yang dia buat dalam 6 tqhun jadi PM.

    Ketiga, biar Najib, Mahathir bergasak sesama mereka s3hingga hancur. Dalam keadaan sekarang, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Itulah yang kita s3mua mahu. Biar UMNO Baru hancur lebur, baru be4ubah nas8b kita orang melayu. Adapun, hanya memperhambakan kaum sendiri untuk mengkayakan diri s3ndiri dan kroni-kroni mereka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa