Saban hari kita baca menerusi laman-laman sosial, ada saja fitnah pembangkang terhadap Najib tetapi malangnya tuduhan itu tidak ada tindak balas daripada pemimpin UMNO.
PETALING JAYA: Pemimpin UMNO seharusnya bangun dan bertindak lebih agresif mempertahankan kedudukan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini menjadi sasaran serangan pembangkang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, pemimpin UMNO khususnya barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu tampil menangkis pelbagai isu yang disasarkan kepada presiden parti.
Syed Ali turut kecewa melihat ‘gelagat’ pemimpin parti yang tidak peka dan membiarkan Najib keseorangan menepis serangan fitnah bertali arus yang dilakukan pembangkang terutama menerusi laman-laman sosial.
Tegasnya, pemimpin UMNO di semua peringkat termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sepatutnya menjadi perisai mempertahankan kepimpinan Najib daripada diasak oleh pembangkang.
“Saban hari kita baca menerusi laman-laman sosial, ada saja fitnah pembangkang terhadap Najib tetapi malangnya tuduhan itu tidak ada tindak balas daripada pemimpin UMNO, langsung tidak ada respons, ini yang amat mengecewakan.
“Kita yang pilih Najib sebagai presiden parti, maka kita sepatutunya bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan beliau dan sekaligus menjadikan UMNO sebagai parti yang kuat bagi menjaga kepentingan orang Melayu,” katanya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.
Syed Ali yang merupakan Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan turut menasihatkan pemimpin UMNO seharusnya tidak melenting jika wujud dakwaan mengatakan ada sesetengah daripada mereka yang ‘tidur’ kerana persepsi itu berdasarkan kepada apa yang berlaku hari ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa apa sahaja fitnah sekiranya dibiarkan tanpa sebarang jawapan akhirnya akan menjadikan cerita fitnah itu seolah-olah seperti benar dan ia boleh mengelirukan perhatian rakyat.
Katanya, pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mahfuz Omar, Rafizi dan beberapa pemimpin PKR dilihat begitu agresif menyerang Najib secara terbuka.
“Jika kita sayangkan presiden dan timbalan presiden parti, sepatutnya kita berani menentang pembangkang, bukannya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat.
“Kadangkala kita sedih melihat Najib diserang bertubi-tubi oleh pembangkang, di mana pemimpin tertinggi UMNO? Mengapa biarkan Perdana Menteri keseorangan,” soalnya.
Salam saudara, ingin saya bertanya, adakah saudara muridin kepada Tn Hj Talib Naiem as-saufi?
ReplyDeletelepas ni kau jadi menteri lah nampak nye....Menteri Menangkis Serangan Pembangkang
ReplyDeletearab melayu ni memang kaki bodek, nk hrp jasa dn keistimewaan politik x de, pe jln nk naik dlm politik skang, bodek najible jwbnye
ReplyDeleteSalam Shamsul,
ReplyDeleteAdakah tuan mencari muridin Tn Hj Talib Naiem As-Saufi?
Kenapalah nak bodek sangat. Tak boleh ke be gentleman macam naib ketua bahagian Batu Kawan ... baru boleh bina parti secara dalaman dan lebih berkesan.
ReplyDeleteAnonymous 5:21
ReplyDeleteWaalaikumussalam, ya saudara, saya bertujuan untuk bersilaturrahim.
Lagi satu budak bahalol nak menipu rakyat
ReplyDeleteNiat nya sama saja
Tak boleh kaya , tak kan nak join umno ???
Ini syed...arab ala-ala ke mamak! Itu sebab kuat bodek! Serangan terhadap PM kalau benar fitnah..maka samanlah kalau betul fitnah. Apa yang nyata kebanyakan kritik dan serangan merupakan fakta. Itu sebab PM tak mampu nak tangkis. Paling senang akan guna akta hasutan untuk diamkan pengkritik. Nak debat takut kantoi! Peeeeeeeeerah syed! Bodek je kerja ngko!
ReplyDeleteGua sokong lu Sizzly !
DeleteApa punya turuur lah ! Gua mau turun malam 31 Dis 2014 DEMO tapi ini Eeeeee kepla Yayasan Pendidikan Ceras sudah taja Nyanyi Yaaa Naaana * majlis cinta unta * la rosak ana punya program .
Oppps ! malam cinta nabi la !
Gua ke ! Lu orang ke ! dan seluruh alam semua cinta pada nabi muhammad s.a.w..
Mau nyanyi pasaei nabi biar ada adab la , jgn bikin pelik la mau sambut tahun masihi -
baru mau nyanyi yaaanaaas kah !
Ini eeeeeer jgn jaja cinta nabi tepi jalan sbb nabi mulia -
semata2 mau kasi rosak ini DEMO.
Itu mamak pedukang keralla mari busuk punya worang pun ada kritik sama itu Najib juga. Apa pasal itu banyak tua tarak sadar diri punya worang lu tarak sebut dia punya nama satu kali. Adeycit! lu ingat kita worang bodohka....
ReplyDelete