Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 22, 2014

"Makcik ghaso male tu dah supo Tsunami"

"Makcik ghaso male tu dah supo Tsunami" kata mangsa banjir
Bernama |Kemas kini:Disember 22, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 22, 2014 11:53 MYT)


"Makcik ghaso male tu dah supo Tsunami" kata mangsa banjir
Setakat pagi ini, mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 11,930 orang berbanding 11,408 orang malam tadi. - Gambar Fail
PASIR MAS: "Makcik ghaso male tu dah supo Tsunami (makcik rasa malam itu sudah serupa Tsunami)," kata seorang daripada mangsa banjir di Rantau Panjang.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Atiya, 47, menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya dilanda bencana banjir Khamis lepas.

Kata Atiya, walaupun dirinya bersama-sama suami dan empat anak mereka sempat menyelamatkan diri, namun harta benda terutamanya peralatan elektrik, perabot, dan katil hampir semuanya rosak akibat banjir berarus deras itu.

Menyifatkan bencana kali ini terburuk semenjak 1969, Atiya berkata mereka bernasib baik kerana suaminya Wan Daud Wan Salleh, telah pun berjaga-jaga di hadapan rumah sebaik sahaja hujan mula melanda.

"Sebaik sahaja suami mengejutkan makcik daripada tidur, makcik terus bergegas membawa anak-anak dahulu meredah air deras dan hujan lebat ke kereta kami yang telah pun diletakkan di kawasan tebing jalan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Limpahan air berlaku dengan pantas sehinggakan belum sempat kami keluar rumah, paras air dah cecah bawah lutut," katanya ketika ditemui di hadapan rumahnya di sini, hari ini.

Apa yang menjadi keresahan makcik Atiya yang mengusahakan kedai membuat gigi palsu di Pekan Rantau Panjang ialah segala peralatan untuk membuat gigi palsu kesemuanya rosak, sehingga menjejaskan sumber pendapatan.

Apatah lagi dengan keadaan rumah yang mereka diami itu sebelum ini diubah suai menjadi kedai untuk perniagaan mereka.

"Rasa sayu sebab kami dah lama menjalankan perniagaan ini... hampir 15 tahun. Sehingga ramai orang termasuk dari luar kawasan Rantau Panjang turut menjadi pelanggan tetap kami," katanya.

Setakat pagi ini, mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 11,930 orang berbanding 11,408 orang malam tadi dan mereka ditempatkan di 32 buah pusat pemindahan.

Tinjauan Bernama sewaktu dalam perjalanan ke pekan Rantau Panjang mendapati masih banyak kampung serta kenderaan ringan yang digenangi air di kawasan rendah sejak Khamis lepas.

Aktiviti perniagaan yang biasanya rancak di pekan Rantau Panjang yang merupakan zon bebas cukai, terganggu apabila kebanyakan premis perniagaan dimasuki air.

Peniaga pinggan mangkuk serta barangan perhiasan kaca yang mahu dikenali sebagai Gan, 40, turut menyifatkan banjir kali ini agak teruk dan menjangkakan kedainya akan dimasuki limpahan air buat kali ketiga.

Walaupun perniagaannya terganggu akibat bencana ini, Gan berkata dia sudah pun bersedia kerana segala-galanya sudah pun mendapat perlindungan insurans.

"Banjir kali ini teruk, tetapi saya sudah pun mendapatkan insurans. Saya lebih bersimpati dengan mereka yang menjalankan perniagaan kain kerana kalau sudah kena air, habis rosak barangan mereka," katanya.

2 comments:

  1. Tok wali nik ammar, guano dgn hudud mu........bilo nok bente'..........lebai najib dok sabar doh to, hmm dok sabar nok sembelih mu!

    ReplyDelete
  2. Bahalol.

    Rakyat banjir ada duit nak bagi ke ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa