OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 24 DEC 2014
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dikatakan bakal disenaraikan semula dalam barisan Exco Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.
Nama beliau disebut-sebut akan dilantik semula sebagai anggota Exco bagi menguatkan sokongan kepada Menteri Besar itu berikutan ada desas-desus mengatakan Ahmad bakal berdepan masalah untuk mendapat undi majoriti bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud tahun depan.
Sumber dalaman memberitahu MalaysiaGazette, rombakan barisan Exco dibentuk Ahmad yang menggantikan mantannya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu itu dijangka dilakukan dalam masa terdekat ini.
Bagaimanapun, tarikhnya tidak dinyatakan, tetapi rombakan dan pembentukan barisan Exco baharu itu dikatakan akan dibuat sebelum persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 29 Disember ini.
Dalam kerajaan Pas di Kelantan, Husam dilantik sebagai anggota Exco (Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri) oleh Nik Abdul Aziz dari 2004 hingga 2013.
Selepas Nik Abdul Aziz meletak jawatan pada Mei tahun lalu, nama Husam digugurkan dari senarai Exco oleh Ahmad dan menyaksikan pelantikan ADUN Panchor, Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.
Mengenai pelaksanaan hukum hudud, Ahmad pada Mac lalu mengeluarkan kenyataan beliau sanggup kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya Undang-undang Jenayah Syariah II (Hudud) gagal dilaksanakan di negeri itu.
Beliau membuat penegasan itu ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja pada sidang DUN Kelantan.
"Saya tak apa kalau tak jadi MB asalkan hudud dilaksanakan,” katanya yang disambut dengan tepukan meja oleh ahli Dewan ketika itu.
Sementara itu, pada pertengahan Oktober lalu pula, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan Pas Kelantan tetap melaksanakan hudud walaupun tidak dipersetujui masyarakat bukan Islam.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, pelaksanaan undang-undang itu hanya melibatkan hukuman umat Islam di Kelantan sahaja dan langsung tidak membabitkan yang bukan Islam.
Mohd Nassuruddin yang juga ADUN Meranti optimis undang-undang hudud berkenaan dapat dilaksanakan tahun depan. - MalaysiaGazette
PAS telah dan akan masuk perangkap UMNO/BN jika usul hudud dibawa secara bersendirian nampak sangat kebodohan PAS yang tergesa-gesa hendak hudud itu, kami semua rakyat yag berugama islam memang mengalu-galukan hukum Allah ini tapi kita kena faham keadaan dan situasi masyarakat negara ,dan lebih elok kita beri kefahaman biar sampai seratus tahun pun supaya hukum syariat itu difahami kenapa kita mesti ikut perentah ini,barulah dikuatkuasakan dengan RUU ini belum pun RUU dibentang sudah ada suara sumbang dari rakyat yang beragama islam sendiri lain lah jika bukan islam sememangnya mereka tidak tahu dan faham syariat islam ,pabila orang islam sendiri menyanggah RUU ini kita telah mula menuding jari dengan kata-kata yang merosakkan aqidah sendiri sipolan sudah hilang keimanan konon,inilah sikap kita yang kurang siuaman bila bercakap tentang hal yang kita sendiri pun belum jelas kedudukan sebenar dengan RUU itu. berfikirlah dengan tenang wahai pemimpin PAS yang degil dan keras kepala.
ReplyDeleteDah rasa xkuat le tu... Baik lantaik husam sbgai menteri besar... Jauh lebih baik baik dari nik amar tu... Juga lebih baik dari ahmad yaakub tu... Rakyat menderita banjir sekarang ... Ni keperluan rakyat yg teramat sgt....
ReplyDeleteBahalol saja
ReplyDeleteadalah lebih baik jika Husam jauhkan diri dari team pentadbiran yg telah terbukti gagal. nanti segala kegagalan akan terpalit kpd tuan.
ReplyDelete