Zaman Fadhil Noor dulu Utusan musuh ketat PAS
Tapi sekarang kenapa buat statements melalui Utusan?
Haron Din kata tahaluf siyasi dengan DAP sudah koyak, lapor Utusan Malaysia
Published: 22 December 2014
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata jika DAP atau Lim Guan Eng terus mempertikai hukum hudud, parti tersebut bebas untuk memilih jalan sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2014.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan hudud, mengoyakkan kertas "tahaluf siyasi" dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) kerana hudud adalah “nyawa” PAS, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Malah lapor Utusan Malaysia, Haron berkata jika DAP ataupun Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS, setiausaha agung DAP tersebut boleh mencari “keselesaan” lain dengan jalannya sendiri.
Justeru, tegas tokoh ulama PAS itu, jika DAP atau Lim berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan “kertas” tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008, lapor media Umno itu lagi.
“PAS tidak terbelenggu dengan komen lawan mahupun kawan. Hudud adalah nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Lim berasa tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).
“Apa yang dibuat DAP hanya mencacat dan mencarik robek tahaluf. Kalau terus menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana PAS tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya sebagaimana dilaporkan akhbar itu.
Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini bagi meminda Enakmen Jenayah Syariah II (Hukum Hudud) bagi membolehkan ia dilaksanakan di negeri itu.
Pada masa yang sama, DAP terus mengkritik PAS dan menyifatkan hudud bakal melambatkan PR ke Putrajaya.
PKR pula akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan isu ini.
Lim pula menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada PR selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.
Kenyataan tersebut dibuat ketua menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam satu laporan media menyebut, isu hudud sudah lama diputuskan oleh PAS sebelum wujudnya PR. – 22 Disember, 2014.
Outstanding quest there. What happened after? Good luck!
ReplyDeleteHave a look at my site: แทงบอลออนไลน์
Orang bodoh dalam umno , yang bahalol dalam PAS.
ReplyDeletePas kini dan pas dulu...dap baru nak knal islam depa dah start give up.. Org tu xpaham agama,... Geng amno tu paham tp xnk ikut... Nak ikut tu ada makn tu...
ReplyDelete