DAP tak setuju, PKR kata tidak dasar persetujuan bersama dan PAS pusat pula kata tak pernah bersetuju nak bawa usul persendirian Hudud ke Parlimen.
PETALING JAYA: PAS Kelantan tidak perlu tergesa-gesa dan seolah-olah tiada esok kerana Allah pun tidak pernah meletakkan “dateline” bahawa Hudud mesti dilaksanakan sebelum PRU 14 ini, tulis Shahbudin Husin dalam blognya shahbudindotcom.com semalam.
“Tangguhkanlah Hudud dan selesaikan banyak perkara yang lebih penting terlebih dahulu. Lihatlah kepada realiti dan bersikap praktikal dalam soal ini. Lagi pula, berkeras mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketika banjir kian memburuk dan rakyatnya berjuang antara hidup dan mati, Pasti akan memburukkan lagi imej PAS sebagai parti Islam,” tambahnya.
Dalam keadaan sekarang, terutama banjir yang kian buruk di Kelantan ketika ini, Shahbudin mengingatkan bahawa ada baiknya PAS membatalkan saja sidang khas pada 29 Disembar ini dan menumpukan kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa yang kian bertambah jumlahnya.
Tambahnya, semakin hampir 29 Disember di mana DUN Kelantan dijangka mengadakan sidang khas untuk membentangkan undang-undang Hudud, PAS sendiri mula menampakkan kedudukannya yang tidak sekata dalam hal itu.
“Mengikut perancangan, selepas diluluskan di DUN Kelantan, PAS kemudian akan membawa usul persendirian pula di Parlimen pada Januari tahun depan bagi membolehkan undang-undang Islam itu dilaksanakan di negeri yang telah ditadbir PAS sejak 1990 lagi,” ujarnya.
Berhubung kesungguhan dan keyakinan PAS Kelantan untuk meneruskan rancangan mahu melaksanakan Hudud pula, Shahbudin yang merupakan bekas AJK Pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu berkata, halangan kini bukan lagi daripada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), terutama yang bukan Islam, sebaliknya daripada PAS Pusat sendiri.
Tambahnya, jika DAP tidak bersetuju dengan Hudud kerana menganggap ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan PKR pula menyatakan ianya bukanlah dasar yang dipersetujui bersama, PAS pula berkata, jawatankuasa pusat parti itu tidak pernah bersetuju dengan hasrat mahu membawa usul persendirian berkaitan Hudud ke Parlimen.
“Sebaliknya, PAS Pusat dikatakan hanya bersetuju berkenaan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO sahaja. Perkara tersebut diakui oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi AJK PAS Pusat yang enggan disebut namanya,” catat Shahbudin yang juga menyatakan seorang lagi AJK PAS, Khalid Samad turut mengakui bahawa PAS Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen Hudud dengan PAS Pusat.
Beliau turut menulis mengenai Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pula yang dilaporkan berkata bahawa PAS Pusat bukan saja tidak pernah diberi taklimat oleh PAS Kelantan berhubung pindaan enakmen syariah itu malah tidak mengetahui kandungan pindaan yang bakal dibentangkan nanti serta berharap suatu taklimat berkaitan dengannya akan dibuat.
Mahfuz juga mengakui PAS Kelantan turut tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan parti-parti dalam PR berhubung perlaksanaan undang-undang Hudud itu.
Berdasarkan perkembangan tersebut, Shahbudin mempersoalkan jika PAS Kelantan hanya bertindak bersendirian, bukan sekadar membelakangkan PR tetapi juga menidakkan kewujudan PAS Pusat dalam keghairahan mahu melaksanakan Hudud di negeri itu?
“Mungkinkah lebih ramai dalam PAS Pusat turut tidak setuju dengan Hudud? Jika demikian, apakah tujuan PAS Kelantan bermati-matian mahu melaksanakan Hudud itu?,” tanyannya lagi.
Selain itu Shahbudin juga bertanya jika Hudud begitu penting kepada perjuangan PAS Kelantan sekarang kerana sudah hampir 25 tahun mentadbir Kelantan, hanya ketika ini kesungguhan itu ternampak bagai tidak boleh ditolak-ansur langsung sedangkan sebelum ini Hudud juga pernah “ditidurkan” dan digantikan dengan negara kebajikan.
Tegasnya, ternyata kini Hudud bukan saja menjadi masalah dalam PR, tetapi juga dalam PAS, justeru apa pula kewajaran PAS Kelantan terus berkeras mahu juga mengadakan sidang khas DUN pada 29 Disember ini dan kemudian membentangkan usul persendirian di Parlimen.
Mengakui memahami Hudud merupakan perjuangan dan impian PAS, Shahbudin mengingatkan supaya PAS sentiasa berfikir dan bertindak secara bijaksana dan melihat realiti yang ada dalam negara di sebalik keinginan mahu melaksanakan undang-undang itu.
“Oleh kerana mereka masih berada dalam PR dan berkali-kali menyatakan ingin terus kekal dalam gabungan itu, bertindak secara keras hati dan tidak membincangkannya dengan bersungguh-sungguh dengan rakan sendiri, bukanlah langkah yang bijaksana bagi PAS Kelantan, apatah lagi mengeluarkan kenyataan meminta sesiapa yang tidak bersetuju dengan Hudud agar meninggalkan PR,” katanya.
Menurut Shahbudin lagi, walaupun UMNO dan Kerajaan Pusat menawarkan diri dalam jawatankuasa teknikal yang difahamkan sudah banyak kali bermesyuarat, sama ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan menyokong atau tidak usul persendirian itu juga masih tidak diketahui.
Persoalan lain menurutnya adalah mahukah UMNO menyokong usul itu sedangkan mereka masih mengemis undi bukan Melayu melalui MCA, Gerakan dan MIC?
“Dengan hanya lulus di peringkat DUN Kelantan tetapi tidak berjaya di Parlimen, Hudud akhirnya tidak ke mana juga? Atau apakah memang itu yang dimahukan oleh PAS Kelantan bagi membuktikan UMNO menolak undang-undang Islam?
Jika itu, maknanya Hudud hanyalah alat politik semata-mata?” tanya Shahbudin lagi.
Akal pemimpin PAS Kelanatn hanya setakat memikir yang didepan ibu kaki saja jauh sikit dikatakan semuanya tidak ikut islam dan kurang iman
ReplyDeleteBiarkan mereka melaksanakan amanah mereka. Pemimpin ISLAM mempunyai amanah yang wajib dilaksanakan semampu dan sedaya yang mungkin sehingga terlaksana apa yang diamanahkan walaupun ianya akan merampas kuasa dan pangkat seseorang pemimpin ISLAM itu sendiri. Pemimpin yang tidak menunaikan amanah yang telah diamanahkan olehNYA dan hanya mementingkan duniawi itu bukan pemimpin yang memperjuangkan ISLAM dan tidak layak di gelar pemimpin ISLAM. Kerana keinginan ini mereka sanggup kehilangan kuasa demi amanah ALLAH S.W.T. Jika kuasa dan pangkat dirampas dari mereka maka mereka ini bukan lagi pemimpin, maka amanah tersebut berpindah arah keatas sesiapa yang dilantik menggantikan mereka dan begitulah seterusnya. Hanya iman yang teguh mampu memimpin kita ke arah yang diredhai.
ReplyDeleteAnon 4.52
Deletememang kita kena sokong pemimpin nak laksana islam .. tapi semuanya mesti dirancang.. islam adalah ugama yg amat memntingkan perancangan, ketelitian.. supaya kebaikan itu dapat dirasai.. benda baik kalau tidak dirancang dgn betul akan keluar buruk juga..
oleh itu hudud ini mesti dirancang, dibahas dan di educate kan terlebih dahulu.. setakat disebut dalam ceramah amat tidak mencukupi..
belajarlah buat sesuatu dgn betul..
Anon 4.52 menulis bagaikan seorang ulamak muktabar,Tapi kalau di tanya soalan kepadanya ,siapa sekarang yang patut menjakankan hukum hudug.Peminpain Pas ke,peminpin PKR ke atau peminpin Umno.?kalau difikirkan lojik dan bersasa peminpin yang wajib menjalankan hukum hudud ialah Najib dan peminpin islam Uno,sebab merekalah yang mentadbir Malaysia ni, bukan Pas,Memang wajar peminpin Pas berkeras untuk hudud tapi berfikir dan carilah taktik unutk dapayt berkusa sepenuhnya memrintah Malaysia,barulah jalankan hukun hudud,ini tidak,memrintah sebuah negeri dah kelamkabut dan hududkan.Allha tahu kemampuan dan kikhlsasn kita,
ReplyDeletePemimpin PAS semua nya bahalol kan , kualiti otak murah rendah.
ReplyDeleteHasil nya benggap lah.
Memang betul kuasa pada kerajaan Najib tapi tidak menjadi salah bagi PAS Kelantan nak bentang usul enakmen HUDUD di parlimen. Biarkan mereka berusaha dari berserah. Ditakdirkan diparlimen nanti usul tu disokong dan mendapat undian yang cukup maka akan terlaksanalah HUDUD di Kelantan. Disitu nanti akan nampak kebaikan HUDUD. Kalau tidak mendapat cukup undian maka usaha PAS Kelantan akan terhenti diparlimen dan tertunai lah satu amanah kerajaan PAS Kelantan. Kepada pemimpin ISLAM yang menolak usul HUDUD diparlimen nanti bersedialah memikul amanah itu nanti kerana usaha PAS Kelantan sudah berpindah kepada mereka.
ReplyDeleteA'kum nampaknya ramai yang lari tajuk dan tidak memahami isu. Isu sebenarnya wajarkah kerajaan kelantan pimpinan PAS utamakan sidang khas Hudud dalam keadaan negeri dilanda musibah yang teruk sehingga hampir darurat dan rakyat perlukan pertolongan serta tindakan bantuan yang berkesan?
ReplyDeleteBukannya masalah pembentangan di Parlimen atau mana-mana usul berkaitan Hudud.
Mana yang lebih mendesak waktu ini keselamatan rakyat atau sidang khas Hudud?
Mereka belum bersidang lagi masih ada 5 hari lagi....
ReplyDeleteAnon 9:15 PM
ReplyDeleteBetul mereka belum bersidang. Tapi pastinya surat edaran sudah pun diedarkan dan tidak ada pula kenyataan yang sidang itu ditangguhkan
InsyaAllah, doakanlah yang terbaik semoga semua nya selamat.
ReplyDeleteRasenye jelas menunjukkan pas pusat menekan pas kelantan utk tidak bentangkan hudud. Bagaimana pemimpin pas boleh mendidik penyokong n ahli pas untuk percaya mereka boleh memerintah sepenuhnya walhal kalau dikira undi majoriti muslim pr atau pas sahaja kurang dr 2/3 majoriti.pada analisis sy pas pusat yg dikuasai pasma menghalang pembentangan hudud kerana khuatir dapat majoriti parlimen kerana kerusi umno adalah majoriti bg bn di parlimen.pas pust dahagakan putrajaya bersama pr.sekiranya umno menyokong hudud maka bersatulah umat islam titik pertemuan 2 pertubuhan ini adalah islam.hancurlah pkr n dap khususnya untuk merampas putrajaya...pr hanya menggunakan pasma.pasma meracun ahli jemaah pas...meninggalkan majlis syura mcm tu je sekarng ni.
ReplyDeleteHi! Do you use Twitter? I'd like to follow you
ReplyDeleteif that would be ok. I'm undoubtedly enjoying your blog and look forward to
new posts.
Here is my site: plenty of fish dating site of free Dating
Hello to every , as I am genuinely keen of reading this web site's post to be updated regularly.
ReplyDeleteIt consists plenty of fish dating Site of free Dating fastidious data.