Adakah Najib nak dera rakyat Kelantan dan menghukum Kerajaan PAS Kelantan?
Yang aku nak gelak tu ada juga pengomen tanpa tahu di antara dharurat politik dan dharurat bencana cuba berikan komen!
Penduduk tertanya-tanya kenapa tak darurat
12:00PM - 30 Dec 2014 - mk
Antara topik yang menjadi perbincangan masyarakat Kelantan sejak banjir melanda di negeri itu lebih seminggu lalu adalah mengapa kerajaan tidak mengisytiharkan darurat?Pesara guru, Osman Awang Hamat berkata, dengan suasana meruncing yang berlaku, perisytiharan itu sepatutnya dibuat.
"Bagi saya patut isytihar darurat sebab keadaan dikatakan meruncing di kawasan hulu khususnya di Kuala Krai. Nyawa mereka terancam," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan mungkin tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu menanggung implikasi kewangan yang banyak yang terpaksa dikeluarkan.
"Jadi untuk mengelak itu dia tidak isytihar " duga beliau.
Padangan sama turut dilontarkan seorang doktor perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Wan Mohd Nazri Wan Zainol (bawah).
Menurutnya, darurat sepatutnya diisytihar sejak awal ketika keadaan semakin buruk.
"Darurat ini untuk (membolehkan)bantuan lebih menyeluruh. Orang semua jadi terdesak, makanan tidak ada, hubungan komunikasi terputus, pesakit datang tiada tempat. Memang mencemaskan.
"Saya tak tahu implikasi darurat, tapi saya rasa benda itu perlu diisytiharkan.
"Sekarang ini sendiri pun rasa (keadaan) darurat," katanya yang yang juga seorang mangsa banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin berkata, darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.
Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.
Pokok pangkal Dharurat pakai banyak duit dan gomen tak de duit.
ReplyDeleteBudget guna harga USD100 tapi sekarang USD60 , mana cukup duit bila kena hutang2 nak bayar gaji gomen saja.
Memang tak de duit , gomen akan bankrap pelabur pergi Indonesia walau sana kuat Rasuah tapi kos rendah.
Malaysia pun kuat rasuah tapi kos tinggi.
Pokok pangkal nya duit. Perkasa bising2 sebab tak dapat duit. Orang Orang Cina tiada masalah duit ysng nak duit orang orang melayu yang rata rata malas bodoh kedekut dan kuat mintak2 gomen yang takde duit.
Habis lah.