Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 27, 2014

15 Pusat Pemindahan Banjir Di Gua Musang Terputus Bekalan Makanan

GUA MUSANG, 26 Dis (Bernama) -- Sebanyak 15 pusat pemindahan banjir di Gua Musang terputus bekalan makanan selain elektrik dan air sejak enam hari lepas kerana bantuan tidak dapat disalurkan, kata Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Beliau berkata bantuan sukar disalurkan berikutan semua jalan masuk ke daerah berkenaan dinaiki air menyebabkan ia terputus hubungan manakala helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan polis juga tidak dapat pergi ke sini berikutan kedudukan awan terlalu rendah.

"Jadi bantuan tidak dapat disalurkan dan bukannya sebab kita tidak mahu membantu," katanya kepada pemberita selepas misi menghantar bantuan Biro Kebajikan Umno Malaysia ke Parlimen Gua Musang di sini hari ini.

Abdul Azeez yang sebelum itu berlepas dari Pangkalan TUDM di Kuantan, turut membawa bersama tiga tan bekalan makanan untuk mangsa banjir di daerah berkenaan.

Katanya sebaik sahaja jalan Kuala Lipis melalui Merapoh ke Gua Musang dibaiki malam ini, dua buah lori kontena akan membawa pelbagai bekalan keperluan dan makanan kepada mangsa banjir di daerah itu.

Beliau berkata barangan tersebut adalah hasil sumbangan Biro Kebajikan Umno Malaysia serta badan bukan kerajaan (NGO).


6 comments:

  1. Orang UMNO kaya kaya mintak sumbang Maggi Mee banyak banyak ; masing masing ada Bentley Mercedes Range Rover Aston Martin , mesti ada banyak duit nak bagi maggi mee dan mineral water.

    Budak kaya Langgak Golf boleh sensng senang tolong kalau mau. Dulu bagi lesen Genting dapat banyak duit free....tak kan makan sorang ?

    ReplyDelete
  2. Masaalah bila banjir bukan makanan xde tapi xdpat hantar. Dah tahu banjir, dan tiap2 tahun banjir, yang tak beli bot secukupnya apa hal?

    ReplyDelete
  3. macam la pihak lain tak ada yang membantu...

    ReplyDelete
  4. Mujur bantuan dah sampai. Pastikan kawasan selamat dari tanah runtuh, kemunkingkinan air naik. Perhubungan untuk kecemasan.

    ReplyDelete
  5. Mujur bantuan dah sampai. Pastikan kawasan selamat dari tanah runtuh, kemunkingkinan air naik. Perhubungan untuk kecemasan.

    ReplyDelete
  6. Nikmat pembangunan lojing utk rakyat klate..kalau kes cameroon sume sedap mulut..kena btg idung sdiri..fikir la

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa