Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 20, 2014

Sumpah Adnan.....

9:12AM - 20 Dec 2014 - mk
MB Pahang bersumpah tak pernah terima rasuah
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bersumpah dalam sidang DUN Pahang hari ini bahawa beliau tidak pernah menerima rasuah daripada pekebun sayur di Cameron Highlands.

"Demi Allah, demi Rasul, di dalam dewan yang mulia ini saya bersumpah, saya dan Exco tidak pernah menerima apa-apa rasuah daripada pekebun sayur di Cameron Highlands.

"Tetapi jangan pula apabila saya bersumpah begini ada yang mengata saya ada terima daripada sumber yang lain pula," katanya pada sesi penggulungan sidang DUN.

Menurutnya kerajaan negeri Pahang telah lama menghentikan pengeluaran kelulusan lesen menduduki sementara (TOL) di Cameron Highlands iaitu sejak tahun 2000 dalam usaha memelihara tanah tinggi itu daripada penerokaan tidak terkawal.

Malah katanya, bermula 2007 setiap pembaharuan lesen TOL juga perlu dibawa dalam mesyuarat kerajaan negeri untuk keluluasan dan bukannya menerusi pejabat daerah lagi.

Adnan berkata langkah itu dilakukan bertujuan untuk mengelakkan rasuah dalam kalangan pentadbir di peringkat daerah itu.

"Tetapi apabila saya lakukan tindakan itu ramai pula menyangka saya dan Exco, nak makan duit rasuah sayur,".

Sementara itu dalam perkembangan lain, Adnan berkata tahun 2017 akan dijadikan sebagai Tahun Melawat Pahang dalam usaha kerajaan negeri untuk membawa industri pelancongan di negeri ini ke tahap lebih tinggi.

"Kali terakhir Tahun Melawat Pahang ialah pada tahun 1994 dan Pahang mempunyai banyak produk yang boleh diketengahkan seperti Taman Negara dan acara-acara bertaraf antarabangsa.

"Persiapan untuk Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 sedang giat dilakukan... 2016 merupakan tahun pemasaran dan promosi," katanya.

Beliau berkata disasarkan seramai 15 juta pelancong akan berkunjung ke negeri ini dengan membuat perbelanjaan sebanyak RM9.9 bilion sempena TMP 2017.

5 comments:

  1. Sumpah Se-sumpah tiada masalah kan ??????

    ReplyDelete
  2. Anwar bersumpah tidak liwat Azizan pun MT Umno xpercaya

    ReplyDelete
  3. Kalau x makan rasuah pekebun sayur cameron highlands kenapa nak bersumpah? Kalau mcm nie Mentri2 Besar Johor, Melaka, Perak, Kedah dan Perlis kena bersumpah juga x menerima rasuah dari pekebun sayur cameron highlands. Pendek kata banyak perkaralah kena bersumpah. Kalau x bersumpah adakah ia bermaksud ....??? Jeng jeng jeng....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa