Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 30, 2014

Korang Baca Betapa Cerdiknya Arab....!

Itulah sebabnya Israel ketawa
Amerika lega!
Adakah kita juga akan ikut langkah yang serupa terhadap Singapura dan Amerika?

Isu pulau cetus tanda tanya 
29 Disember 2014
Kepulauan Sanafir dan Tiran tersebut diduduki Israel sejak Perang Enam Hari tercetus pada 1967


RIYADH - ARAB SAUDI . Arab Saudi dan negara Barat didakwa terus berdiam diri terhadap isu kepulauan yang diduduki Israel hingga kini.

Media tempatan melaporkan lokasi sebenar kepulauan Tiran dan Sanafir itu juga terus menjadi tanda tanya kerana Saudi tidak pernah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan semula hak mereka.

Menurut satu laporan, kedua-dua kepulauan tersebut meliputi kawasan seluas 80 dan 33 kilometer persegi dan terletak di laluan masuk di Teluk Aqaba, timur wilayah Saudi.

Sehingga 1967, ia adalah milik Saudi, namun Raja Faisal menyerahkan kepulauan tersebut kepada Mesir dalam usaha untuk menghalang kemasukan kapal Israel ke pelabuhan Eilat ketika Perang Enam Hari tercetus.

Susulan daripada itu, bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat bertindak menandatangani perjanjian damai bersama Israel pada 1978, namun beliau enggan menyatakan status kepulauan Tiran dan Sanafir terbabit adalah sebahagian daripada kandungan rundingan tersebut.

Sementara itu, beberapa pemerhati berpendapat Saudi enggan membuat sebarang tuntutan kerana kawasannya terlalu kecil walaupun lokasinya adalah strategik berikutan ia adalah satu-satunya laluan kepada Israel untuk ke Laut Merah. - Press TV

2 comments:

  1. itu kesah ditanah arab,bagaimana pun sebelah sini,dulu pulau batu putih kita dah berputih mata 'menang-menang' kononnya,bagaimana akan jadi seandainya isu pulau pisang 'dipanaskan' balik adakah ia akan menerima nasib yang sama seperti pulau batu putih tu?menang sorak kampung tergadai.bila dengar pak menteri bercakap gegar gempita,tapi semua tong-tong kosong.

    ReplyDelete
  2. Alahai, kecil saja keluasan dua pulau itu baru 113km persegi. Arab sepatutnya berilah beberapa pulau lagi kpd Israel, kesian Israel hanya dapat 2 buah pulau yg kecil.

    Bangang punya Arab, Phtuii!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa