Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 24, 2014

Transgender: Orang Islam, Pandanglah Kitab Allah

Tak perlulah terikut-ikut rentak kafir laknat yang menghalalkan yang haram di sisi Agama Islam
Berpandangan songsang pun memang bertentangan dengan fitrah manusia

Kes transgender: Shafee digesa letak jawatan wakil hak asasi manusia Malaysia
Published: 24 December 2014
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan sering melanggar asas hak asasi manusia yang sepatutnya dipertahankan dengan penglibatan terbaru beliau sebagai peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes melibatkan kumpulan transgender Muslim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 24 Disember, 2014.

Kumpulan sivil menggesa peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melepaskan jawatannya sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Asia Tenggara (AIHCR), ekoran tindakannya menjadi peguam melibatkan hukuman terhadap kumpulan transgender (pondan) komuniti Muslim.
Mereka berkata, dengan menjadi peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini, beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak lagi boleh mewakili Malaysia dalam suruhanjaya berkenaan.
"Pendapat saya, Shafee seringkali melanggar asas hak asasi manusia yang mana beliau sepatutnya mempertahankannya," kata Phil Robertson, timbalan pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, kes transgender itu adalah yang terakhir kerana Shafee juga bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 2011, Shafee juga mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kes tiga pelajar yang mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Robertson.
"Dalam permainan baseball, tiga kali 'strike' pemain akan terkeluar.  Beliau kini melakukan tiga strike. Tindakannya memalukan suruhanjaya.
"Sudah tiba masanya beliau meninggalkan AIHCR, atau kerajaan perlu ambil tindakan menyingkirkannya," kata Robertson.
Shafee dicalonkan oleh Kementerian Luar pada 2009 sebagai wakil Malaysia dalam suruhanjaya berkenaan dan akan meneruskan khidmatnya sehingga hujung 2015.
Walaupun pelantikan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kumpulan sivil mengkritiknya kerana proses itu didakwa tidak dilaksanakan dengan telus.
Yap Swee Seng (gambar, kanan), pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

berkata kepada The Malaysian Insider, konflik jelas kelihatan antara tugas Shafee sebagai anggota suruhanjaya hak asasi manusia dan peranannya menghalang golongan transgender daripada menikmati kebebasan mereka.
"Jika beliau bertindak sebagai pesuruhjaya, beliau perlu mempertahankan hak asasi manusia. Tetapi, dengan mewakili pihak kerajaan, saya berasa beliau menentang hak transgender.
"Beliau sebenarnya perlu memilih sama ada mahu menjadi pesuruhjaya atau wakil kerajaan dalam kes itu. Tidak boleh kedua-duanya sekali," kata Yap.
Sebagai peguam mewakili kerajaan Negeri Sembilan, Shafee akan mendapatkan permohonan bagi mengenepikan keputusan mahkamah yang memutuskan enakmen melarang transgender berpakaian seperti wanita melanggar Perlembagaan.
Pada 7 November, hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang mewakili tiga hakim memutuskan transgender berhak memakai pakaian wanita kerana pihak berkuasa agama negeri gagal membuktikan kedudukan Islam tentang cara pemakaian mereka yang mempunyai penyakit sindrom kecelaruan identiti.
Menurut dokumen mahkamah, mereka adalah jurusolek artis yang ditahan kerana memakai pakaian menyerupai wanita dan mengalami diskriminasi yang teruk kerana sindrom kecelaruan identiti dialami mereka.
Michelle Yesudas (gambar, kiri), koordinator undang-undang Lawyers for Liberty berkata, Shafee membantu Negeri Sembilan menentang norma-norma antarabangsa terhadap hak jantina dan autonomi peribadi.
"Beliau perlu menjalankan tanggungjawabnya dalam suruhanjaya itu dengan serius, jika tidak lebih baik letak jawatan dan berhenti menggelarkan dirinya sebagai pejuang hak asasi manusia.
"Saya bimbang beliau berkelayakan untuk menyumbang kepada dunia tetapi gagal di negara sendiri," kata Yesudas.
Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam, Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia majlis itu menolak pendapat sedemikian.
"Peguam tidak boleh ditentukan dengan kes yang diterimanya daripada klien. Hanya kerana Shafee mewakili Negeri Sembilan, tidak bermakna beliau bersetuju dengan kedudukannya itu," kata Khoo.
Tambahnya, sejak Shafee dilantik kerajaan di AIHCR, peguam Umno itu tidak boleh dianggap mewakili mana-mana badan hak asasi manusia di Malaysia.
"Kedudukan Shafee sebagai wakil di AIHCR adalah wakil kepada kerajaan, beliau bukan wakil kumpulan sivil. Beliau juga tidak semestinya perlu mewakili pendapat mana-mana badan hak asasi manusia," katanya.
Shafee ketika dihubungi The Malaysian Insider bagaiamanapun berkata akan memberikan ulasan terhadap kritikan berkenaan dalam satu kenyataan yang akan dikeluarkan kemudian. – 24 Disember, 2014.

5 comments:

  1. senang cerita kalau dah tau sakit carilah ikhtiar mengubatinya...

    tak payah la cari alasan hak asasi nak menghalalkannya pulak...

    orang lain takada hak asasi ka?

    ReplyDelete
  2. Dah masok kubor pandai2 lah jawab...

    ReplyDelete
  3. Mereka yang bersimpati terhadap transgender harus membaca Kitab Allah, mendapat nasihat dari Ahli Ugama Islam.
    Mereka kena baca dan kaji sejarah kaum Lut dan bencana keatas zaman gemilang Rome.
    Undang undang hak asasi dunia belum boleh menjamin kesejahteraan sejagat, malah membantu penularan wabak AIDS dan mungkin Ebola.
    Dunia harus kena kembali pada saranan Kitab Allah paling tidak pun menganggap ada kah ajaran2 asal ugama lain membenarkan transgender sebelum di ubah suai.
    Bagi kami orang Islam menghalalkan yang haram akan merubah kepercayaan. Saperti pendukung hak asasi yang engkar akan terlucut keahlian dari pertubuhan.
    Sungguh IRONIS mengawal pemikiran insani.

    ReplyDelete
  4. Greetings! I know this is kinda off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website?
    I'm getting sick and tired of Wordpress because I've had problems with hackers and I'm looking
    at alternatives for another platform. I would be great if you could point me in the direction plenty of fish dating site of free dating a good platform.

    ReplyDelete
  5. Undeniably believe that which you said. Your favorite justification seemed to be
    on the internet the easiest thing to be aware plenty of fish dating site of free dating.
    I say to you, I definitely get irked while people think about worries
    that they just do not know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal.

    Will probably be back to get more. Thanks

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa