5:19PM - 24 Dec 2014
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menangkis khabar angin bahawa keseluruhan negeri Kelantan akan bergelap akibat banjir di negeri itu.
Laporan Sinar Harian memetik kenyataan pengurus besar TNB, Ir Yuslan Md Yusof yang menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi aplikasi telefon bimbit itu.
“Sekiranya benar sekalipun Kelantan tidak akan bergelap kerana bekalan elektrik boleh diambil juga melalui talian 275kv Tanah Merah-Temenggor,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Ia mengulas mengenai dakwaan bahawa kakitangan TNB diminta bersedia untuk memotong bekalan elektrik bila-bila masa kerana kabel voltan tinggi “antara Kandis dan Kenyir” hampir mencecah air.
Maklumat palsu itu juga mendakwa, bekalan ke seluruh negeri Kelantan akan dipotong sekiranya sekiranya talian tersebut kritikal.
Md Yuslan dalam laporan Bernama juga menjelaskan, hanya kawasan Pulau Kundor di Kota Bharu yang terputus bekalan elektrik akibat banjir setakat ini.
"Kawasan lain di jajahan ini (Kota Baharu) masih mempunyai bekalan elektrik seperti biasa," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa