SUARA LANTANG: Mungkin tak salah sekiranya saya berkata kita tinggal di negara penuh kecelaruan. Kita di sini sedang berdepan keadaan bercelaru yang bertali arus.
Mungkin ia bertujuan mengelirukan kita, agar kita tidak menumpukan kepada isu sebenar yang menghambat kehidupan seharian. Isu-isu ini mampu mengheret negara ke arah muflis samada dari sudut sosial atau ekonomi.
Isu sebenar yang menghantui negara ialah pengurusan lemah, salahguna kuasa dan korupsi yang berakar umbi di dalam kerajaan negeri dan persekutuan pimpinan BN.
Pengurusan lemah, salahguna kuasa dan korupsi menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit saban tahun, dan ia disambut bagai acara tahunan oleh puak elit yang memimpin negara serta kroni mereka. Laporan ini didedahkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Selepas ia dikeluarkan setiap tahun, apa yang dilakukan? Pernah BN mengambil langkah tegas dan berkesan bagi menangani semua eleman negatif yang menyebabkan rakyat kerugian?
Banyak perbelanjaan tak masuk akal, pengaliran dana keluar negara, pembayaran kontrak yang tak pernah ada, pembayaran pulangan kepada si mati, dan banyak lagi. Soalnya apa tindakan bagi menghukum semua jenayah ini?
Nampaknya negara bergerak ke arah kemuflisan dan kemusnahan sosio-ekonomi. BN sedar dan begitu juga para pemimpinnya.
Pihak oposisi dan pertubuhan sivil juga sedar situasi semasa dan melakukan inisiatif memberitahu rakyat apa yang berlaku hari ini.
Inflasi dan peningkatan kos sara hidup membelenggu semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Rakyat bimbang tentang pendapatan mereka.
Apa BN buat bagi rakyat? Ada mereka fikirkan langkah konkrit mengurangkan bebanan? Sehingga kini, kita tak dengar langsung langkah berkesan. Kita hanya lihat pemberian tunai, hadiah dan sebagainya. Itu saja.
Berbanding merangka langkah menangani segala masalah, kerajaan BN melakukan helah bagi mengaburi mata rakyat dengan melaungkan sentimen perkauman dan agama.
Kita semua tahu apa yang sedang berlaku. BN menggaji kerja jahat kepada puak NGO ektremis. Dengan mendakwa Islam dan Melayu terancam, kita diarah memikirkan ia isu sebenar. Isu melibatkan Raja juga diselit sekali bagi meraih sokongan.
Tektik kotor ini memecahbelahkan pakatan pembangkang terdiri PKR, DAP dan PAS dengan ideologi berbeza.
Isu Allah dan Hudud bukan isu sebenar. Perbincangan berkaitan Islam bukan isu sebenar. Masalah yang didakwa dilakukan stesen radio bukan isu sebenar. Ia hanya ditimbulkan kerana sesuai dengan agenda NGO ekstremis. Rampasan Bible malang sekali, kerana agama diguna buat mencetus kebencian.
Kebencian dilaungkan pihak ekstremus yang mempengaruhi pihak berkuasa. Mereka terpaksa bertindak ke atas pihak yang mencari kebenaran tetapi dilabel “derhaka”, “murtad” dan sebagainya.
Ini semua langkah mengaburi mata daripada fakta dan isu sebenar yang menghambat rakyat dan negara.
Di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PAS bertelagah manakala PKR menyaksikan persengketaan dalaman. Rakyat malaysia kecewa dan mereka tak tahu hendak ke mana.
BN tidak mungkin digemari semula. Pakatan pula seakan hilang punca.
Ke mana tujuan kita, sebagai rakyat malaysia yang telah kecewa dengan segala masalah yang menimpa?
Tinggalkan negara. Mungkin itu pilihan yang dipertimbangkan kita semua.
WH Cheng merupakan penganalisa sosial dan politik bebas.
# Ini hanya pandangan penulis dan tidak semestinya dipersetujui semua yang ditulis!
# Ini hanya pandangan penulis dan tidak semestinya dipersetujui semua yang ditulis!
Semua kecelaruan itu akan terus wujud selagi Umno memegang tampuk kuasa, kerana kecelaruan itu dibenihkan oleh Umno sendiri. Ianya telahpun tumbuh, dibaja, akan membesar, berputik, berbuah dan membiak semuanya gara2 Umnolah yg menyemai dari mula.
ReplyDeleteSegala yang berlaku di sebab kan rakyat yanh membahalol ksn diri meteka dengan memilih si Bshalol tegar sebagai pemimpin mereka.
ReplyDeleteMangsa nya orang orang Melayu miskin benggap dan pengemus.
TAKAN BARU NAK TAHU KOT TEKNIK BN YAHUDI LAKHANATULLAH INI
ReplyDelete