Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 21, 2014

Ini Di Hong Kong, Bukan Di Malaysia

Hartawan Hong Kong, bekas pegawai pemerintah disabit kesalahan rasuah
AFP |Kemas kini:Disember 19, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 19, 2014 20:02 MYT)

Hartawan Hong Kong, bekas pegawai pemerintah disabit kesalahan rasuah
Thomas Kwok terlibat dalam transaksi yang meragukan melibatkan bekas Ketua Setiausaha Hong Kong. - Foto EPA/JEROME FAVRE
HONG KONG: Hartawan hartanah Hong Kong, Thomas Kwok dan bekas pegawai tinggi pemerintah, Rafael Hui, didapati bersalah atas dakwaan melakukan rasuah hari ini oleh mahkamah.

Begitupun, adik Thomas iaitu Raymond Kwok yang juga seorang jutawan dibebaskan dari pertuduhan  terlibat dalam perkara tersebut.

Thomas dan Rafael didapati bersalah melakukan konspirasi yang bertentangan dengan tatakerja di pejabat awam, apabila pihak pendakwa mengetengahkan kes mengenai satu urusan pembayaran yang keseluruhannya berjumlah HK$34 juta (RM15 juta).

Rafael yang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Hong Kong dari Jun 2005 hingga Jun 2007, didapati bersalah bagi lima daripada lapan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Thomas disabitkan dengan satu pertuduhan dan terlepas dalam dua pertuduhan lain.

Pihak pendakwa berkata, beberapa bayaran telah dibuat melalui siri transaksi yang sulit dan melibatkan orang tengah, dan ia secara jelas disifatkan sebagai rasuah.

Pasangan tersebut yang masih dalam jaminan direman sehingga Isnin untuk sesi perbicaraan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa