Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 21, 2014

Tengku Mahkota Kelantan lawat mangsa banjir

21 Disember 2014 2:36 AM
TENGKU Mahkota, Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersalaman dengan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir SK Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan, semalam. – MINGGUAN/WAHIDIN SALIM

RANTAU PANJANG 20 Dis. – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra hari ini berangkat mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini.

Baginda tiba di pusat itu kira-kira pukul 3 petang, diiringi Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (Maik), baginda menyampaikan sumbangan se­banyak RM150,000 untuk diagihkan kepada setiap keluarga terlibat dengan banjir di pusat tersebut.

Baginda juga sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan mangsa banjir terbabit.


Sementara itu, Timbalan Ke­tua Jajahan Pasir Mas, Ibrahim Bakri Mat Deris berkata, sumbangan daripada Maik tersebut akan diagihkan kepada setiap keluarga di pusat pemindahan berkenaan.

"Setiap keluarga akan me­nerima RM300 dengan secara keseluruhannya melibatkan 530 keluarga.

"Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan baginda. Baginda juga ada bertitah bantuan tersebut diharap akan dapat membantu meringan beban ke­luarga terbabit," katanya.

1 comment:

  1. 300/- saja....

    Duit minyak bentley sebulan sudah habis 5000-6000....

    Papa lah rakyat kelantan , tangkap ikan keli dalam banjir buat lauk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa