Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 8, 2014

Si lebai malang politik?

Dalam isu ini aku takleh nak komen sebab aku tidak duduk di barisan pimpinan mana-mana parti politik, barisan simpanan pun tidak. Cuma aku hanya tunggu mengundi saja kalau dipanjangkan usiaku olehNya

Yang aku nampak hanya apa yang dilaporkan oleh semua jenis media.
Jadi aku tak berani nak kata apa takut jadi fitnah, tohmah dan bias

Pandangan di bawah ni pun aku rasa hanya pandangan dan pendapat peribadi penulisnya sahaja
Sebab takkan semua pimpinan PAS tu bodoh sangat sehingga ke tahap dijadikan keldai?

Yang aku risau ialah yang menulis komen ini sebenarnya yang menjadi keldai kepada mana-mana tuan politik yang berkepentingan!

PAS si lebai malang politik
December 7, 2014
Sebenarnya, PAS menjadi parti yang tidak lebih sebagai keldai politik untuk menjadi tunggangan PKR dan DAP, dan perkara ini bukan rahsia
COMMENT
oleh Iman Hakim
PAS sejak penubuhannya dulu disinonimkan dengan kepimpinan ulama apabila ia membawa resapan politik jalur golongan Muda yang berakar daripada Ikhwan Muslimin, yang sarat dengan idea Islamis.
Malah perkembangan zaman memperlihatkan bagaimana PAS menjunjung perjuangan ulama dalam usaha meletakkan golongan ugamawan dalam teraju pemerintah, misalannya dengan mercupnya Revolusi Iran.
Tahun-tahun revolusi dan sesudahnya betapa PAS menggerakkan idealogi politik bertunjangkan ulama, kita dapat menyaksikan ulama-ulama muda seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan arwah Datuk Fadzil Noor mempengaruhi hala politik parti ini.
Stereotaip politik
Pada suatu ketika beberapa tahun yang lalu parti ini telah membuat perubahan yang dikatakan sesuai dengan keperluan dan tuntutan zaman, kerana mahu lari daripada politik stereotaip bahawa ia dipimpin dan menerima golongan agamawan sahaja.
Kemasukan golongan yang dinamakan sebagai profesional, yakni mereka yang mendapat pendidikan bukan aliran agama, membawa dimensi baru kepada PAS lantas memperlihatkan ketrampilan baru bahawa ia bersifat dinamis, tidak jumud dan fleksibel.
Maka sebab itu kita dapat lihat bagaimana golongan ini begitu dominan pada masa kini, sebagaimana kita dapat lihat Mohamed Sabu dan pemimpin lain seperti Datuk Husam Musa, Khalid Samad dan kelompok yang dipanggil sebagai Anwarin begitu kuat dan menjadi kuasa pendesak.
Percampurannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sudah memasuki dekad kedua ini juga memberikan wajah baru, sama ada disedari atau tidak, membawa ia kepada hala baru, liberalisme.
Sama ada diakui atau tidak, inilah ketrampilan PAS hari ini dan ia bukan sekadar dinilai pada kata pancingan politik dan manifesto, malah hal-ehwal semasanya memperlihatkan betapa pengaruh dan kepimpinan ulama sudah tercabar.
Puak liberal dalam PAS
Apakah PAS sudah benar-benar liberal atau ia sekadar satu gerak liuk politik yang mahu disesuaikan dengan keberadaannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor baru-baru ini kita dapat melihat bagaimana kepimpinan Hadi dalam taruhan oleh golongan Anwarin, yakni puak liberal dalam PAS yang kelihatannya bercanggah kemahuan dengan kepimpinan ulama.
Perkara yang nampak ialah apabila Presidennya mengatakan sesuatu keputusan, Timbalannya pula akan memperkatakan sebaliknya. Malah, ketika barisan pimpinan ulama yang diketuai Mursyidul Am memperakukan sesuatu tindakan dan keputusan, pada peringkat yang satu lagi, akan diperkatakan suatu yang berbeda.
Pengertian liberal di sini bukan semata-mata pada fahaman atau aliran pemikiran pemimpin atau kelompok tertentu secara dalaman tetapi melihat kepada parti secara keseluruhan, apabila hilangnya kata pancingan kepimpinan ulama dan negara Islam kepada negara berkebajikan.
Falsafah politik
Liberalisme, aliran atau falsafah politik yang muncul pada abad ke-16, dan mercup sebagai suatu negara selepas pembentukan Amerika Syarikat, merupakan asas kepada kebangkitan liberalisme yang dinamakan sebagai pembebasan daripada penjajahan- negeri-negeri konfederasi Amerika Syarikat merupakan tanah jajahan British.
Liberalisme dalam konteks negara AS yang baru merdeka ini ialah ia menolak pemerintahan diraja dan feudal dan yang pentingnya ia meraikan kebebasan bersuara dan hak individu, dan ia dapat dilihat semasa perlembagaan AS dirangka pada abad ke-18.
Maka dapat difahami ia bukan sekadar liberalisme ekonomi tetapi politik apaila ia mengangkat hak dan kepentingan individu pada tempat teratas, yang mana negara atau kerajaan bukanlah aspek penting tetapi ia wujud atas kemahuan individu.
Apakah PAS juga sebuah parti yang menjunjung liberalisme atau sebenarnya ditunggangi oleh aliran pemikiran ini? Dalam kedua-dua keadaan ini sekali pun ia sebenarnya sebahagian daripada aliran pemikiran, sama ada ia dibina dan dibentuk daripada dalam hasil daripada limpahan golongan profesional yang pernah dibanggakan kemasukan mereka, atau ia mengikut rentak tari sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Benarkah PAS sudah diresapi dan ditenggalami fahaman liberalisme atau ia mengubah wajah kepada imej sederhana? Ia sebenarnya tidak sederhana kerana ia boleh dikatakan meninggalkan apa yang pernah didoktrinkan dengan kepimpinan ulama dan gagasan negara Islam.
Atas nama ketidakadilan
Lihatlah apa yang diperjuangkan oleh para pemimpinnya seperti Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS. Ahli Parlimen Pokok Sena ini menjuarai penghapusan penguatkuasaan undang-undang kamera had laju, atas nama ketidakadilan. Ketidakadilan kepada siapa?
Mereka mengatakan ia undang-undang kejam parti pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk menindas rakyat dan pada masa yang sama mengutip hasil daripada kekejaman dan peras. Hakikatnya, penentangan PAS terhadap undang-undang dan peraturan ini memperlihatkan ia mahu mengangkat hak dan kepentingan individu yang mereka samakan sebagai perjuangan rakyat. Rakyatkah atau individu sebenarnya?
Harus ingat dalam konteks terminologi bahasa, budaya dan sosial, rakyat dan individu adalah dua penekanan berbeza, dan PAS secara sedar memanipulasi rakyat untuk ideal perjuangannya dengan mengatakan kepada awam individu itu rakyat.
Demikian juga apabila ia menggerakkan gerakan massa menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, bahawa ia secara bersungguh-sungguh mengatakan undang-undang tersebut kejam kerana kononnya untuk kepentingan elit pemerintah.
Maka secara jelas untuk difahami bahawa ia memperjuangkan kepentingan individu atau kelompok individu tertentu, maka di sini diperlihatkan wajah sebenarnya sebagai sebuah parti yang membawa fahaman liberalisme, atau sudah diresapi liberaslime.
Kekejaman pemerintah
Pada masa kini, boleh dilihat bahawa ia sama seperti rakannya dalam DAP dan PKR sama-sama mengecam Akta Hasutan dengan mendakwa ia satu lagi kekejaman pemerintah terhadap rakyat( – baca, individu), dan secara mudah ini ditafsir sebagai gerakan dan idea liberalisme. Ini belum lagi memperkatakan soal-soal lain apabila memperkatakan soal hak-hak yang tercatat dalam perlembagaan atau dasar dan keutamaan kerajaan yang menjadi pertikaian sehingga menimbulkan keresahan.
Sama ada PAS menerima dan mempercayai bahawa ia sudah menjadi sebuah parti yang liberal, ia tidak menjadi persoalan kerana perilaku politiknya, kepimpinan, pimpinan dan juga cara berfikir manusia-manusia politiknya menunjukkan ia tanpa ragu sudah boleh tidur sebantal dengan DAP dan PKR.
PAS dalam kepungan liberalisme sebenarnya sudah hilang jatidirnya, sedangkan ia sepatutnya kekal dengan wadahnya Islamisnya. Ia tidak mungkin berjaya merealisasikan idea-idea Islaminya dalam pakatan kerana golongan sekular dan liberal dalam PKR dan DAP tidak mungkin menerima perjuangan PAS.
PAS hanya keldai politik
Sebab itu, mahu atau tidak, PAS sebenarnya terpaksa menundukkan atau menikuskan diri untuk akur dan menerima idea-idea yang lebih liberal untuk dijadikan teras perjuangannya. Parti ini mungkin boleh berjaya mencapai kuasa politik bersama pakatan, tetapi ia gagal sebagai entiti politik yang berwibawa dan mempunyai ketegasan serta perjuangan yang jitu.
Ini disebabkan kepimpinan ulama sendiri sudah goyang dalam PAS, dengan para pengikut Anwarin yang dominan pastinya lebih cenderung untuk mengikut apa yang diberitahu oleh rakan DAP dan PKR.
Maka sebenarnya, PAS menjadi parti yang tidak lebih sebagai keldai politik untuk menjadi tunggangan, dan perkara ini bukan rahsia. Maka pada akhirnya, agenda liberalisme berjaya dimercupkan di bumi Malaysia.
Ya, liberalisme bukan suatu kesalahan, apatah lagi jenayah tetapi ada sesetengah perkara yang nampak baik dan menarik sebenarnya bukanlah yang terbaik mengikut konteks dan keperluan setempat. Pada hari ini, kita tidak sedar bahananya, tetapi apabila kita sedar, sebenarnya ia sudah terlambat, dan pada masa itu PAS sekadar lebai malang.

12 comments:

  1. Jadilah apa pun kuda tunggangan ka keldai mengangkut beban ka....janji dapat terajang keluar hamno/bn penipu bangsa ni. Selama ini rakyat lebih dari dikaldai tunggangankan oleh pemerintah sekarang.
    Penulis mungkin pakai serban sebesar bakul dan menganggap diri ulama...justru beliau menaburkan rasa sangsi kepada yang berfikiran terbuka sebagai kumpulan liberalisma....salah kalau ingat semua ulama dalam PAS sekarang akan masuk syurga senatamata jerana mereka twroekik terlolong menjulang kepimpinan ulama sedangkan perangai macam kimak

    ReplyDelete
  2. Adakah golongan yang dikatakan 'liberal' di dalam PAS itu menafikan prisip-prinsip Islam? Atau adalah mereka yang dikatakan 'liberal' ini menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasul dan sebaliknya menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasul. Jika tidak maka lingkungan pemikiran 'liberal' mereka masih di dalam lingkungan Islam... cuma mereka lebih ke hadapan berbanding golongan yang satu lagi yang pemikiran mereka hanya terhad kepada kelompok mereka sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tuan bernas. Kumpulan UMNO friendly di kalangan ulama celup ini sedang menghadapi sindrom hilang keyakinan diri yang terlampau....omputeh kata suffered from acute inferiority complex.....
      Kumpulan kexil dikeliling Presiden ini risau melihat popularity dan penerimaan ramai terhadap golongan professional dalam PAS lalu kumpulan ulama PAS ini mengambil pendekatan mudah dengan mempamirkanbahawa mereka lebih Islamik dan lebih layak neminpin PAS. Lalu dilabeljan rakan2 dalam parti sendiri dengan pelbagai gelaran seperti liberalisna setelah usaha mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah kini telah reda dan tudak berkesan.

      Delete
  3. Dasar PAS itu adalah betul, tetapi kepimpinan ulama yg ada kini gagal berjuang dlm politik secara berhikmah. Apakah yg menggusarkan mereka jika pihak bukan ulama memainkan peranan yg selari dgn ajaran Islam? Ada sifat ujub & riak dikalangan barisan ulama dlm PAS yg berpedidikan agama (kononnya) tapi lemah atau jahil dlm urusan politik kepartian. Yg nak diangkat sangat2 adalah hudud shj tapi meminggirkan perihal keadilan yg lain. Begitu juga pengurusan pentadbiran, ekonomi, pengurusan, tata kelola, perancangan, keamanan dll yg mereka tidak mahir atau tidak memiliki ilmu dlm bidang2 ini, mana mungkin boleh jadi padu tanpa penglibatan golongan profesional. Adakah mereka cukup hebat semata-mata mereka lebih mendalami agama? Jika begitulah keadaannya, eloklah pimpinan PAS dibarisi oleh ulama kesemuanya dan kita boleh lihat nanti sejauh mana langkah dan hebatnya PAS itu.

    ReplyDelete
  4. rafizi sibuk dedah penyelewangan 1mdb, nik abduh sibuk pasal pengadil bolasepak.

    itulah bezanya golongan lebai dgn professional.

    ReplyDelete
  5. kalau ustaz pun asyik dok nampak bmw dan lain2 kereta mewah saja, kemudian mesra umno pula, boleh pakai ke?

    ReplyDelete
  6. umphorno menakut2kan rakyat yg maseh BEBAL dgn isu2 kaum-BANGSA dgn lagu syahdu anak kecil main API..

    Majlis-SYORRRUUU-ular aka msu pon takut2kan org2 MELAYU konon2 HUDUD tak akan berlaku krn DAP & Pkr..

    Penulis
    Penulis
    Penulis yg PERASAN konon2 hebat nih pula TAMBAH lg kasi samar-KELIRU rkyat yg BODOH dgn isu2 yg SENGAJA direkayasa oleh team WAR-room "phorno-UG" dgn plot yg dipanggil LIBERAL pulok..

    Slpas..
    -pilkuda
    -komunis
    -syiah
    -Bible
    -Nama ALLAH
    -LGBT
    -LIBERAL
    -dan lain2 akan menyusul..

    Inilah KERJA keras puak2 UG-phorno utk TIPU & meNGELIRU kan rkyat yg maseh BEBAL & bodoh..

    mrk (UG-phorno) akan TERUS buat kerja IBLIS-setan ini utk meNUTUP sgl "RASUAH-khianat-KEJAM" serta bejat-BOBROK ketahap paling gaban!!

    Sbb itu mrk cari HELAH & istilah2 yg sengaja meLEKA meNYAMAR & sgt meNGELIRUkan..sprt diatas itu,
    -Erdogan LGBT LIBERAL dsb nya...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa