Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 3, 2015

Kesedihan yang amat mendalam bagi Opah Pidah.......

Pemimpin berkuasa akan jadikan Malaysia negara melarat, kata Rafidah
Published: 2 September 2015 6:00 PM
Malaysia akan berakhir jadi negara melarat jika kerajaan masih terus enggan mendengar rintihan dan suara rakyat, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2015.

Malaysia akan berakhir menjadi negara tanpa pentadbiran yang baik dengan rasuah berleluasa jika pihak berkuasa tidak ambil peduli isu sebenar disuarakan rakyat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa seolah-olah cuba memekakkan telinga terhadap keluhan rakyat berkaitan "integriti dan kepercayaan rakyat, pentadbiran kerajaan dan politik wang".
"Tiada seorang pun yang mendengar rungutan rakyat! Ada yang masih dalam penafian...sama ada mereka fikir sebegitu atau suara kita tidak perlu diambil peduli," kata bekas menteri antarabangsa dan perdagangan industri itu melalui status Facebook hari ini.
"Mengapa jawapan masih tidak diberikan? Kenapa perkara ini diambil ringan? Kenapa perkara dibiarkan melarat sehingga kita dibatasi antara 'mereka' dan 'kita'?
Bekas ketua Wanita Umno itu berkata, dirinya juga diasak soalan daripada rakyat luar mengenai situasi semasa di Malaysia dan soalan sama dilontarkan kebanyakan rakyat tempatan.
Beliau merayu pihak berkuasa tidak bermain politik dan bertindak menangani isu yang dibangkitkan.
"Beritahu rakyat hasilnya, dan jangan biarkan isu membarah dan menyebabkan Malaysia merosot menjadi negara bawahan kerana kelemahan pentadbiran, dengan rasuah berleluasa, serta ekonomi dan sosial yang tidak stabil," katanya.
Rafidah berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengetepikan isu serius dan memberi amaran tiada wang ringgit atau kata-kata yang boleh membetulkan perkara yang salah.
"Ini bukan cara yang baik untuk Malaysia, jadi hentikan dan cari jalan mengubati kerosakan ini secara serius," katanya.
Beliau turut mempersoalkan keperluan himpunan balas daripada himpunan Bersih 4 yang dianjurkan pada minggu lalu, dan mempertikaikan sama ada ia juga akan menjejaskan pelancong serta menyebabkan ekonomi dan peluang pelaburan hilang.
Ketua Bahagian Umno Datuk Jamal Yunos pada Ahad lalu mengumumkan himpunan sejuta "baju merah" yang menyokong kerajaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.
Ini merupakan kenyataan kedua Rafidah mengenai kebimbangannya terhadap Malaysia.
Pada 31 Ogos, Rafidah di Facebook menyatakan tentang "kesedihan teramat dalam" ketika menyambut Hari Kebangsaan kerana isu yang terjadi di negara ini termasuk skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 2 September, 2015. - sumber

5 comments:

  1. Zaman hang berkuasa dulu,hang pun seleweng kuota AP pidah oii.
    Masa tu hang pun pandai buat muka tak tau malu.
    Bila dah pencen hang pun pong pang pong pang.
    Berjela kes salah laku hang.
    https://dppwp.wordpress.com/2007/06/19/rafidah-aziz-menteri-paling-celaka-di-malaysia/

    ReplyDelete
  2. Masa opah jadi Ketua Wanita lagi rasuah dah merebak-rebak.

    Opah tak tahan sebab opah dah sesak nak bernafas di asak oleh soalan dari orang luar negara. Jangan kelentong lah di asak oleh rakyat luar negara.

    Dalam FB opah terlalu banyak soalan pasal RM2.6 billion dan 1MDB sebab sebagai Menteri Perdaganggan Antarabangsa kenalan Opah ramai dari luar negara kan?

    ReplyDelete
  3. Rafidah cakap cakap saja

    Rafidah sudah kaya raya , mati hidup 10 kali pon tak habis harta nya

    Kalau betul betul pikir kan Rakyat , wakaf saja harta harta ke orang orang miskin semua bangsa pon ada

    Talk is cheap lah....

    Orang tinggal tidor Damansara Heights mana ada rasa hidup susah walau gempa bumi sekali pon


    Rafidah.... Rafidah
    Jangan menongkat langit

    ReplyDelete
  4. Kalau nak ungkit sampai bila pun kita tak sampai matlamat..........come on guys move forward! Yang nak ungkit ungkit ni hanya parti pas dengan ulamak tersohornya pakar talak mentalak dan nikah kawin. Hari2 menghukom sesama islam. Anwar dipenjarakan pun tak ungkit, masih mengalu2kan TMadey demi kebaikan ummah sejagat.

    Come on lebai2, yg udah itu udah le! Maju ke depan sheikh, syurga menanti kamu. Yg menghukum seadilnya adalah Allah SWT! Ade ke suruh org mentalakan Bini......menatang ke manusia MB dan TMB ni? Walau pun baiah.....allah maha mengampun!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa