Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 3, 2015

Nik Abduh jadi bodoh!

Sape yang tergila-gila nak kerjasama dengan hang?
Sebelum ini hanya statements Anwar yang terpisah dengan kurungan dan GHB sudah pun jawab
Itulah bila bercakap dengan emosi yang melampau.......kan ker bodoh bunyinya!

Nik Abduh: GHB ini jin, manusia atau mamalia?


PAS belum boleh mengadakan hubungan politik dan menentukan sikap terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS kerana masih belum jelas bentuk dan kedudukannya.
Ketua Pemuda PAS berkata Nik Abduh Nik Aziz, PAS masih belum berbuat demikian kerana tidak meniktiraf GHB yang menurutnya tidak jelas sama ada ia "jin atau manusia" dan "mamalia atau amfibia".
"GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS. PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia.
"Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka.
"Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti.
"Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia," katanya sinis.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Wacana Merdeka "Selamatkan Malaysia" di Shah Alam baru-baru ini. Petikan ucapan beliau itu disusun dan disiarkan dalam portal Harakahdaily semalam.
Bagaimanapun, Nik Abduh berkata PAS boleh menentukan sikap yang jelas termasuk selepas GHB dibentuk dengan jelas dan rasmi dan buat masa ini PAS cuma mengadakan perjumpaan secara individu, bukan atas nama parti.
"Kalau mereka buat kumpulan tidak rasmi, kemudian ajak kumpulan PAS, itu tidak kena. Kerana PAS adalah institusi parti politik yang sah, sedangkan GHB bukan NGO mahupun parti politik," katanya.
Bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti itu Jun lalu, menubuhkan GHB dan hujung minggu lalu mengumumkan menubuhkan Parti Amanah Negara dengan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang hanya menyertai pilihan raya umum pada 1978.
Ekoran itu juga keanggotaan 22 bekas pemimpin PAS kemudiannya tergugur secara automatik antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan Hanipa Maidin.
Dalam ucapan Nik Abduh itu juga, beliau mengakui bahawa PAS "tidak gembira" dan "hati terluka" ekoran pengisytiharan mereka keluar PAS.
Katanya, ebelum ini mereka ada "pendidik Pemuda" dan "pembuka laluan untuk berjuang" dalam PAS.
"Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah di Malaysia ini untuk menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus," katanya.
'Tidur sini, tapi hentam rumah sendiri'
Dalam ucapannya yang sama, MP Pasir Mas berkata tidak salah anggota PAS menyertai GHB atau beliau sendiri menghadiri majlis dialog bersama dengan kumpulan itu, namun ia memberikan persepsi sebagai tidak elok kepada PAS buat masa ini.
"Kalau saya hadir dialog dengan rakan-rakan GHB, akan ada satu pandangan kata Ustaz Nik Abduh boleh terima GHB. Maka tidak salah kita masuk GHB.
"Maka belum elok dimulakan sehingga selesai hal-hal yang berkait dengan soal dalaman parti," katanya.
Dalam petikan ucapannya juga, Nik Abduh turut menyindir pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti yang enggan keluar parti kerana mahu menubuhkan parti politik baru.
Walaupun berdepan kesukaran untuk bertindak memandangkan ia melibatkan masalah dalaman parti, Nik Abduh optimis ia boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak memahami agama dan amalan demokrasi.
"Kalau sudah tidak suka bolehlah keluar parti, janganlah beralasan tidak mahu keluar selagi bahtera tidak siap. Ini memalukan dan tidak profesional walaupun ia lahir daripada golongan profesional.
"Hendak tidur sini, hendak makan sini, tapi asyik hentam rumah sendiri. Ini tidak jadi penyelesaianlah.
"Maka kita kata kena keluar sebab orang lain hendak masuk, kerusi dan jawatan kita orang lain menunggu. Jadi penyelesaian yang paling ideal adalah isytihar parti baru, mereka menunggu melompat beramai-ramai," katanya.
Bagaimanapun, Nik Abduh menempelak pemimpin PAS terbabit yang enggan keluar parti secara keseluruhan sebaliknya sebahagian mereka berada dalam PAS yang didakwa mahu "melumpuhkan" PAS dari dalam.
"Ini ijtihad dan tindakan yang salah dari sudut syarie, berdosa. Kita duduk di dalam dengan tujuan hendak pegang jawatan dan lumpuhkannya. Jadi ‘makan dalam’, ini salah dan berdosa," katanya.
Sehubungan itu, anak lelaki kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mencadangkan kepada ahli supaya membuat laporan kepada setiausaha agung PAS supaya tindakan boleh diambil kepada yang terlibat. - sumber

15 comments:

  1. Nik BODOH sudah gaya Mat Mongol

    Sombong Bongkak dan Angkoh

    Malu saja Mak Ayah

    Bahalol!!!!

    ReplyDelete
  2. Admin, tak baik dan tak wajar kamu menuduh seseorang itu bodoh, cerdikkah kita? Ulas la dengan berhemat tunjukkan bahawa pendokong GHB dan DAP ni mempunyai iman yang berlainan dengan PAS, baru nampak blogger hebat. Perlu ke kamu mengkategorikan orang itu bodoh orang ini bodoh tidak kiralah mereka tu umno ke PAS ke. GHB semua bagus dan berakhlak, jangan tunjukkan sifat buruk kita kepada khalayak, Mat Sabu and the gang tidak pernah menuduh bodoh keatas seseorang. Admin, jaga akhlak kita kalau nak bersama dengan GHB dan DAP, ikuti contoh Presiden kesayangan kita Mat Sabu macamana nak jaga akhlak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bodoh... dikatakan pandai susah tu.

      Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bahwa beliau bersabda, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah ilmu diangkat dan kebodohan tersebar".(Dari Anas bin Malik, hadits tersebut diriwayatkan Al-Bukhari hadits no.80, Muslim hadits no.2671, dan Imam Ahmad 3/98)

      Delete
    2. Samalah barua tp nak kata bukan barua lg susah ngeh3 !

      Delete
  3. oit pemakan gaji elaun buta! rakyat lantik ko jd mp supaya boleh bawa isu rakyat ke parlimen. kalau duduk jadi tunggul buat apa?

    lain kali rakyat pasir mas elok undi selipar atau tunggul sbg mp. ataupun ikut contoh jepun lantik kucing jd station master. lebih berjasa kucing tu pd rakyat tempatan dr mamat ni.

    kat luar bukan main berdegar2 buat kenyataan. bila ajak debat terus jadi bacul penakut.

    ReplyDelete
  4. Usah risau kita tunggu PRU14 nanti kesudut mana dia akan dikickout from MP atau ADUN yang dia bertanding.

    ReplyDelete
  5. Anon 1:56 PM

    Saya letak tajuk dan ulas sikit tu, bukankah sepadan dengan lembaga yang saya saya ulas itu?

    Adakah wajar segala perkataan itu keluar dari mulut seorang Ustaz dan MP terhadap bekas rakannya sendiri?

    Lagi pun siapa sebenarnya yang terhegeh-hegeh nak bekerjasama? Setakat ini hanya Anwar melalui statementsnya mengalu-alukan PAN/GHB dan kerjasama tersebut hanyalah satu statements menjaga hati sahaja. Ingat bangaimana Hadi sergah Anwar di Rusila dalam isu Khalid Ibrahim?

    ReplyDelete
  6. Setakat tumpang populariti ayah dia... Kalau x he is nobody!!!

    ReplyDelete
  7. salah satu sebaba aku belah dari PAS kerana sikap ostad2 bersikap lagu ni

    ReplyDelete
  8. Semoga ghb mendapat sokongan dr ulamak sebagai bukti ghb juga memperjuangkan Islam.

    ReplyDelete
  9. Admin letakan tulisan bidih bukan bererti Nik Abdoh tu bodoh seperti tak tahu apa2.dia cerdik juga tetapi cara keheranann dia tu dalam soalanya .bertanya GHB ni Jin ke atau manusia ke amfibia atau mamlia.Kalau soalan begini dibawa kek klas pengajian ,mungkin semua orang termenung memikirkan apa ayng nik abdoh sebutkan .kan semau maklum bahawa GHB adalah sebadah bdan NGO baru ,belum didaftarkan,lahir hanya dalam cadangan pemipin walaupun masih belum ada pertuguhanya tetapi polularnya menagatsi namanya.Jadi bukan susah nak faham .GHB bukan manusia,bukn juga haiwan/bukam ambifia.bukan mamalia.bukan pokok.bukan rumah,bukan juga kenderaan ,GHB satu nama popular yang senag disebut orang,cuma Nik Abdoh sahaja yang tak faham .kalau tak faham disinilah bererti BODOH.faham tak? janagn jadi bodoh.

    ReplyDelete
  10. ostad pas ikut pimpinan utama, mulut longkang

    ReplyDelete
  11. Tak payah berlakonlah org mmg dah tahu akhlak barua dan balaci Dap ni ! ngeh3

    ReplyDelete
  12. Nik abodoh ni kalu bukan anak arwah tgna nak jadi ketua pemuda pas cawangan ambo pun tak layak.Kalu berlawan tak dok orang payung mapuh kerass.
    Barang tidak ori buat lagu mano pun tak akan jadi ori.
    Sedarlah diri wahai nik abodoh.Malu kokram boh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa