Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 2, 2015

MENGAPA ORANG PIJAK GAMBAR PEMIMPIN?

MUHASABAH DAN TANYA DIRI MENGAPA ORANG PIJAK GAMBAR PEMIMPIN

1. Memijak gambar mana mana orang apatah lagi pemimpin sesuatu organisasi memang tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai agama atau budaya mana mana bangsa atau kaum. Maka jika ada reaksi dari ahli dan penyokong parti yang mana gambar pemimpin pemimpin mereka itu dipijak ini suatu yang normal dan dan mudah dijangka.

2. Tidak mustahil jika selepas ini ada pula reaksi dan aksi memijak gambar gambar pemimpin yang lain sebagai tindak balas daripada ahli ahli Pas atau Umno ke atas perbuatan memijak itu atas dasar balas dendam.

3.Sebab itulah di dalam Al Quran , Allah melarang umat Islam menghina sembahan sembahan mereka yang menyembah selain Allah . Mengapa ianya dilarang? Jawapannya kerana perbuatan menghina itu akan membuka ruang untuk penyembah penyembah sembahan selain Allah itu menghina Allah pula. Maka jika Allah dihina kerana serangan balas itu , punca kesalahan adalah daripada orang Islam itu sendiri. Sebab itu Ibnu Kathir dalam tafsirnya membawa sebuah hadith yang mafhumnya bermaksud jika ibu dan bapa kita dihina oleh orang lain ia mungkin berlaku kerana perbuatan kita sendiri apabila kita memulakan penghinaan ibu bapa orang lain itu.

4.Sebab itu juga apabila ada pemuda Umno suatu ketika dulu menghina kepercayaan orang orang Hindu melalui demonstrasi kepala lembu di Shah Alam kita menganggap perbuatan tidak bertanggungjawab itu berpunca kerana kejahilan Umno tentang ajaran Islam itu sendiri.

5.Cumanya dalam konteks dua gambar pemimpin yang dipijak gambar mereka dalam perhimpunan Bersih 4, saya melihat reaksi pemimpin pemimpin Pas tertentu terhadap kes pijak tersebut agak tidak konsisten.Ini kerana apabila ada gambar gambar mantan pemimpin pemimpin Pas yang dipijak gambar mereka dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh orang orang Pas di depan Ibu Pejabat Pas sendiri tidak pula kedengaran kata kata yang menghentam perbuatan jijik itu jauh sekali melabel tindakan itu sebagai perbuatan biadap. Jika kita tidak melahirkan kekecewaan perbuatan sebegitu suatu masa dulu apa legitimasi kita untuk melahirkan kekecewaan perbuatan yang sama pada masa ini ?

6.Bagi dua pemimpin yang dipijak gambar itu mungkin elok juga bermuhasabah dan melihat dalam diri kenapa rakyat sanggup pijak gambar anda berdua. Adakah mereka yang pijak gambar itu hanya bersuka suka sahaja atau ianya hasil satu natijah daripada kemarahan yang amat sangat mereka kepada anda berdua.

7.Adakah anda berdua tidak rasa bahawa mungkin anda berdua telah banyak melakukan tindakan yang bagi pemijak gambar itu itulah cara sahaja mereka fikir boleh melepaskan geram mereka terhadap anda berdua.Cara mereka salah tapi tidak salah
anda maafkan mereka yang buat salah itu.

8.Saya tidak sokong perbuatan memijak gambar kedua dua pemimpin itu, tapi saya sokong kedua dua pemimpin itu memaafkan apa yang dilakukan ke atas gambar mereka berdua.

Wallahu'alam

Mohamed Hanipa Maidin

7 comments:

  1. Elok kamulah yang muhasabah diri kerana kamu pun pemimpin, adakah kamu sudah memenuhi tuntutan Islam keatas kamu sebagai seorang pemimpin? Kalau Najib patutlah muhasabah diri, Haji Hadi hanya memperjuangkan hudud tidak lain dari itu. Hanipa Maiden perlu ambil tahu garis panduan yang digariskan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah sebelum mempertikaikan pemimpin lain, jangan ingat kita hebat memperjuangkan Islam dan dalam masa yang sama kamu hanya berdiam diri apabila presiden kamu bertepek dengan amoi, Mat Sabu mungkin tidak tahu perkara itu adalah haram, Hanipa Maiden mungkin tahu perkara tu haram tapi nak buat macamana itulah presiden aku yang disanjungi.....tiada langsung kelibat G18 menasihati Mat Sabu mengenai perkara itu, atau semua pemimpin G18 ni memang betul-betul tidak tahu halal haram, macamana nak jadi pemimpin Islam? Progresif lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu statement yg cukup dengan dendam dan egois. Kamu hanya nampak kesalahan orang, suruh orang lakukan sesuatu atas kesalahan itu, tapi kamu?
      Janganlah jadi seperti menteri 3.85 yg pertahankan Najib dgn statement-statement bodoh.
      Bukankah ketua pengawal Mat Sabu sudah minta maaf? Tapi kamu masih lagi suka memfitnah. Taukah kamu, kerja fitnah yg memenangkan golongan mengaku ulamak inilah yg membuat orang benci. Mungkin sanggup pijak gambar ketua kamu.
      Kamu sudah diberi nasihat. Tapi sebab kamu masih menganggap kamu lebih lslam drpd penulis artikel ini, maka kamu melakukan perkara yang cuba ditegahnya. Alangkah bodohnya kamu...

      Delete
  2. Ketika hayat TGNA, Tak ada pulak den
    gar orang pijak gambar Tok Guru Nik Aziz?

    ReplyDelete
  3. Haji Hadi hanya memperjuangkan hudud tidak lain dari itu.. Bang eluk lah abang tinggalkan lah PAScai kalau Presiden nya hanya memperjuangkan hudud. Tapi ponteng .

    Haram ke ambil gambar macam tu? Kira bersekedudukan ke? Atau Mat Sabu ada hubungan sulit dengan amoi itu ?

    Nampak ke tangan Mat Sabu buat kerja ?
    Ghairah ke tenguk gambar amoi bersama Mat Sabu.

    ReplyDelete
  4. Haram tetap haram, jangan nak nafikan pulak apa yang presiden kamu lakukan, tegur dulu presiden kamu, mungkin Mat Sabu terlalu lemah iman sehingga tidak terfikir tentang halal haram, kuatkan iman presiden kamu dulu kalau nak perjuangkan Islam, jangan terlebih progresif dengan ucapan dan kata-kata saja tetapi harus disusuli dengan perbuatan yang betul. Nak perjuang Islam ke macam ni? Biasanya kalau dosa-dosa kecik dipandang ringan sudah tentu ada dosa besar dibelakang.

    ReplyDelete
  5. Anom 5:24, kalau terang lagi bersuluh itu bukan fitnah namanya, kita sebagai umat Islam perlu menegur sesama Islam kerana Mat Sabu itu adalah seorang pemimpin Islam, adakah dengan permohonan maaf ketua pengawal Mat Sabu bermakna perkara itu menjadi halal? Sepatutnya yang perlu minta maaf bukan ketua pengawal tetapi Mat Sabu sendiri perlu bertaubat. Bijak sungguh kamu menghalalkan cara. Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  6. Fitnah lah tu.. di ulang-ulang..
    Ini bukan nak menegur. Menegur orang yang rapat dengan kita. Menegur secara terbuka itu namanya nak memalukan!!

    Presiden PAScai banyak kali buat silap. Sila sesiapa jadi wakil minta maaf bagi pihak Hj Hadi? Boleh? Berani?

    Dosa ada yang sengaja. Ada yang tidak di sengaja. Kalau Mat Sabu ulang lagi bermakna dia buat dosa yang dia sengaja. Buat U-turn demi U-turn adalah dosa yang di sengajakan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa